fbpx
Now Reading
Kes Larikan Lelaki Di Alor Setar: Polis Berjaya Tahan 3 Lagi Suspek, Mangsa Sudah Ditemukan

Kes Larikan Lelaki Di Alor Setar: Polis Berjaya Tahan 3 Lagi Suspek, Mangsa Sudah Ditemukan

Difahamkan penahanan tiga suspek tersebut pada malam semalam (25 April) susulan kejayaan polis menahan seorang suspek pada pagi hari yang sama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan keseluruhan empat individu termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kes melarikan seorang lelaki di hadapan sebuah hotel di Shahab Perdana, Alor Setar pada Isnin (24 April) lalu.

Keempat-empat individu berkenaan yang berusia antara 39 hingga 43 tahun ditahan secara berasingan di sekitar Alor Setar, Changlun dan Jitra.

Difahamkan penahanan tiga suspek tersebut pada malam semalam (25 April) susulan kejayaan polis menahan seorang suspek pada pagi hari yang sama.

Satu suspek direman hingga 28 April, tiga lagi hingga 1 Mei

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir, seorang suspek lelaki berusia 43 tahun itu direman sehingga 28 April ini.

Tambah beliau, tiga lagi suspek direman enam hari sehingga 1 Mei depan bagi membantu siasatan, lapor Bernama.

Mangsa ditemukan selamat

Dalam pada itu beliau turut mengesahkan mangsa kejadian yang berusia 27 tahun sudah pun ditemukan dengan selamat.

Polis bagaimanapun masih menyiasat motif kejadian.

Terdahulu tular di media sosial video berdurasi 41 saat memperlihatkan mangsa dilarikan secara paksa oleh sekumpulan individu ke dalam sebuah kenderaan jenis Perodua Viva berwarna putih.

Menerusi video tersebut, mangsa yang menjerit kesakitan ditarik sebelum ditolak masuk ke dalam kereta tersebut oleh beberapa individu.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.