fbpx
Now Reading
Tular Video Wanita Halang Kereta Bergerak Di Hadapan Lampu Isyarat, Ini Sebenarnya Yang Terjadi

Tular Video Wanita Halang Kereta Bergerak Di Hadapan Lampu Isyarat, Ini Sebenarnya Yang Terjadi

Menurut Timbalan Ketua Polis Port Dickson, lelaki itu sebelum ini baru saja mendapatkan rawatan di hospital akibat pelbagai penyakit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang wanita menahan kereta yang sedang bergerak di persimpangan lampu isyarat di Batu 1, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Susulan penularan video terbabit, pihak polis meminta agar wanita berkenaan tampil membuat laporan di balai polis berdekatan untuk siasatan lanjut.

Wanita bertindak semikian kerana risau kesihatan suami sedang memandu

Terkini, difahamkan wanita terbabit bertindak sedemikian kerana risau akan kesihatan suaminya yang sedang memandu kenderaan jenis Proton Wira itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, wanita berusia 32 tahun itu melakukan tindakan sedemikian selepas suaminya yang berusia 58 tahun tidak mendengar nasihatnya agar tidak keluar rumah.

“Suami isteri ini adalah warga Indonesia tampil ke balai polis Port Dickson pada hari ini untuk memberi penjelasan sebenar kejadian berlaku selepas mengetahui ia tular di media sosial.

“Pasangan itu yang tinggal di Port Dickson memberitahu sebelum kejadian mereka sudah bertengkar di rumah kerana si suami hendak pergi ke rumah anak mereka di Teluk Kemang,” katanya dalam kenyataan kepada media semalam (24 April).

Kesihatan suami selalu terjejas, baru lepas dapat rawatan di hospital

Menurutnya, wanita terbabit menghalang suaminya keluar memandu kerana bimbang akan kesihatan suaminya yang tidak menentu dan selalu terjejas.

Kata Muhamad Mustafah, sebelum ini suami kepada wanita terbabit baru sahaja mendapat rawatan di Hospital Port Dickson akibat pelbagai penyakit.

“Difahamkan lelaki itu tetap keluar tanpa menghiraukan isterinya, namun dia terus keluar dari rumah dengan memandu Proton Wira miliknya.

“Tanpa disangka, wanita itu kemudiannya membonceng motosikal ditunggang jirannya dan akhirnya dapat mengesan lelaki itu di lampu isyarat Batu 1 Jalan Pantai Port Dickson,” katanya.

Menurutnya lagi, wanita terbabit kemudiannya menghalang kereta dipandu suaminya untuk meneruskan perjalanan sehingga videonya tular di media sosial.

Pasangan terbabit memohon maaf

Berkongsi lanjut, Muhamad Mustafah berkata pasangan berkenaan kemudiannya memohon maaf atas perbuatan dilakukan dan mengakui ia boleh membahayakan diri sendiri dan orang awam lain.

Terdahulu, video wanita berkenaan menahan kereta dipandu suaminya dimuat naik di laman Twitter akaun @bckupacc99 sehingga menjadi tular.

Susulan dari penularan video itu, pihak polis meminta agar wanita terbabit tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.