fbpx
Now Reading
Lelaki Ugut Nak Baling Mercun Pada PM Anwar Ditahan Reman

Lelaki Ugut Nak Baling Mercun Pada PM Anwar Ditahan Reman

Tangkap layar video berkenaan yang tertulis, “Boleh pasang nanti Bang Non mai Klate (Kelantan), kasi ajar sikit” sambil berlatar belakangkan seorang pemuda sedang memegang mercun bola kemudiannya tular di Twitter selepas dikongsikan seorang pengguna.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pengguna TikTok yang tular selepas membuat kenyataan berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) ditahan polis.

Lelaki berkenaan yang memuat naik video di TikTok difahamkan mengugut mahu melempar mercun ke arah PMX.

Tangkap layar video berkenaan yang tertulis, “Boleh pasang nanti Bang Non mai Klate (Kelantan), kasi ajar sikit” sambil berlatar belakangkan seorang pemuda sedang memegang mercun bola kemudiannya tular di Twitter selepas dikongsikan seorang pengguna.

Ditahan pada 10.30 malam semalam (27 April)

Menurut Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun, pemuda berusia 24 tahun itu ditahan pada 10.30 malam di pekarangan Balai Polis Binjai, Kota Bharu susulan satu laporan polis yang diterima.

Mengulas lebih lanjut beliau berkata, polis Kontinjen Kelantan mengesan ciapan yang dikongsikan pengguna Twitter,@apanakdikato pada Khamis sekitar jam 12 tengah hari.

“Kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bertindak atas laporan polis yang diterima, tangkapan dibuat ke atas suspek,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Hasil pemerhatian pihak polis bagaimanapun mendapati video asal yang dimuatnaik di TikTok sudah pun dipadamkan.

Sehubungan itu, suspek telah ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini (28 April) sehingga 30 April ini untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu pengguna Twitter menggesa lelaki berkenaan dikenakan tindakan kerana perbuatannya jelas bermotifkan ancaman terhadap pemimpin negara.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.