fbpx
Now Reading
Didakwa Pembuli Jalanan & Tunjuk Kad Kuasa Di Lebuh Raya DUKE, Polis Bantuan Disiasat
didakwa pembuli jalanan

Didakwa Pembuli Jalanan & Tunjuk Kad Kuasa Di Lebuh Raya DUKE, Polis Bantuan Disiasat

Polis bantuan itu kemudian tampil ke Balai membuat laporan berhubung kejadian sama dan mendakwa pengadu tidak memberikan lampu signal serta tunjuk kad kuasa untuk meminta pengadu berhenti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/jnmalaysia/status/1653067264323899392?s=20

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan tindakan seorang pemandu di lebuhraya yang didakwa menjadi pembuli jalanan apabila memandu dalam keadaan yang membahayakan.

Kejadian yang berlaku di lebuh raya DUKE menghala ke Ulu Klang itu turut menunjukkan pemandu kereta jenis Honda City berwarna silver itu mengekori kenderaan si perakam dengan jarak dekat sebelum mempamerkan kad kuasa seperti anggota polis.

Pemandu Honda City adalah polis bantuan di bank

Susulan tular video tersebut, pihak polis memaklumkan bahawa pemandu tersebut adalah anggota polis bantuan di sebuah bank.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata laporan berhubung kejadian tersebut telah diterima oleh anggota Balai Polis Setiawangsa, IPD Wangsa Maju.

“Menurut pengadu, kejadian berlaku melibatkan sebuah kenderaan jenis Honda City telah memandu secara merbahaya dan cuba mengganggu perjalanannya. Dia bertindak mengeluarkan seperti kad Polis dan menunjukkan kepada pengadu.

“Pada 1 Mei, pemandu terbabit tampil ke Balai Polis Pandan Indah, IPD Ampang Jaya bagi membuat laporan polis kerana dapati pengadu telah mengganggu laluannya tanpa memberikan lampu signal ubah haluan.

“Oleh itu, dia bertindak menunjukkan kad kuasa polis bertujuan pengadu berhenti,” ujarnya.

Kes akan dirujuk ke agensi polis bantuan untuk tindakan lanjut

Jelasnya lagi kes kemudian diklasifikasikan sebagai ‘Rujuk Kepada Majistret’ (RKM) dan pihak IPD Wangsa Maju juga akan merujuk kes ke agensi Polis Bantuan tersebut untuk tindakan selanjutnya.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan sentiasa berwaspada untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa jenayah.”

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta untuk memberikan maklumat kepada IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana Balai Polis berdekatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.