fbpx
Now Reading
KPKT Siasat Dakwaan MP Rantau Panjang Guna Air Pili Bomba Tanpa Kebenaran Untuk Diagihkan Pada Penduduk

KPKT Siasat Dakwaan MP Rantau Panjang Guna Air Pili Bomba Tanpa Kebenaran Untuk Diagihkan Pada Penduduk

Menurut Nga Kor Ming, tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap Siti Zailah Muhd Yusoff itu kerana melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu dakwaan yang mengatakan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff yang menggunakan air daripada pili bomba untuk diberikan kepada penduduk setempat bagi mengatasi masalah bekalan air.

Susulan itu, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan melakukan siasatan secara terperinci mengenai dakwaan tersebut.

Tindakan undang-undang boleh dikenakan

Menurut Menteri KPKT, Nga Kor Ming, tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap Ahli Parlimen pembangkang itu ini kerana ia merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab untuk dilakukan tidak kira oleh mana-mana individu.

“Sumber air dari pili bomba digunakan bagi memadam kebakaran bukan digunakan sebagai bekalan air untuk kegunaan seharian.

“Jika semua orang pakai air pili bomba, jika berlaku kebakaran macam mana? Ini sebenarnya tidak patut berlaku,” katanya dipetik Bernama.

Kenyataan itu diberikan oleh Nga kita diminta mengulas lanjut mengenai tindakan Siti Zailah yang didakwa menggunakan pam penyedut bagi mengambil air dari pili bomba untuk diagihkan kepada penduduk setempat.

Nafi curi, dah minta kebenaran Bomba dan AKSB

Sebelum ini, Siti Zailah menyangkal dakwaan itu dengan menyatakan penggunaan pili bomba telah mendapat kebenaran dan pengetahuan daripada pihak Balai Bomba Rantau Panjang dan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

JPBM Kelantan dan AKSB tak terima sebarang permohonanan

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Zainal Madasain berkata pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada Ahli Parlimen itu untuk mengambil air daripada pili bomba, lapor Berita Harian.

Jelas Zainal lagi, pihak JBPM Kelantan turut menghubungi Pengurus Besar AKSB bagi mendapatkan kepastian.

“Pihak kami tidak terima sebarang permohonan daripada YB untuk ambil air daripada pili bomba. Terus terang saya cakap.

“Saya juga hubungi Pengurus Besar AKSB dan beliau maklumkan pihaknya juga tiada terima permohonan daripada YB.

“Kita sudah buat laporan bagi siasatan lanjut berkait perkara ini,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, tindakan Ahli Parlimen itu yang didakwa menggunakan air dari pili bomba tanpa kebenaran untuk diagihkan kepada penduduk setempat sebagai usaha memberi bekalan air bersih juga dikecam oleh pengguna Twitter.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.