Baru-baru ini, melalui surat edaran bertarikh 7 April 2023 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), SPA telah menggariskan beberapa kesalahan yang tidak boleh dilakukan oleh kakitangan kerajaan.
Antara kesalahan yang digariskan sebagai salah laku dan akan dikenakan tindakan tatatertib adalah seperti berikut:
- Kesalahan Seksual Secara Lisan – Menggunakan panggilan “sayang” atau “dear”.
- Kesalahan Seksual Secara Fizikal – Tindakan menyentuh, memegang, raba, cium, peluk atau yang seumpama dengannya.
- Gangguan Seksual Visual – Mesej Berbaur Seks (Sexting) atau gambar tidak senonoh.
- Mempunyai hubungan sulit dengan rakan sekerja
Curang Atau Panggil Rakan Sekerja “Sayang” Bakal Dikenakan Tindakan Tatatertib
Penjawat awam yang melakukan kesalahan ini bakal dinilai dan dihukum mengikut peraturan 4A Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Antara hukuman yang bakal dikenakan adalah seperti:
- Amaran
- Denda
- Penurunan gaji atau pangkat
- Lucut hak emolumen
- Dibuang kerja
Kesan Gangguan Seksual Kepada Individu
Umumnya, gangguan seksual memberikan kesan yang mendalam kepada individu. Mangsa berisiko untuk mengalami depresi dan pascatrauma dan kesihatan mula terjejas akibat daripada gangguan tersebut.
Ini juga akan menyebabkan produktiviti individu di tempat kerja menurun kerana kehilangan fokus disebabkan rasa takut dan tidak selamat di tempat kerja.
Bagi mangsa yang terlibat dengan perkara ini, mereka perlu memaklumkan kesan gangguan tersebut secara terperinci khususnya kesan kepada mental.
Mangsa juga perlu memaklumkan tempat, masa dan tarikh kejadian serta tempat bertugas ketika kesalahan itu berlaku.
Artikel Berkaitan: Panggilan Sayang Adalah Budaya Di Tempat Kerja, Kata View Chin [Video]