fbpx

Kenaikan OPR, Peminjam Dari Golongan M40 Dan B40 Terkesan

Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) nyata memberi kesan kepada pelbagai pihak khususnya bagi peminjam golongan M40 dan B40.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kenaikan kadar OPR sebanyak 25 mata asas menjadi 3.00%, ternyata ia mengundang reaksi daripada pelbagai pihak khususnya bagi mereka yang mempunyai pelbagai jenis pinjaman.

Kadar OPR Naik, Peminjam Terbeban

Rata-rata menyifatkan kenaikan kadar OPR menyebabkan peminjam terbeban dengan kadar bayaran balik pinjaman yang menjadi lebih mahal.

Memetik Harian Metro, Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, peminjam yang terbeban dengan kenaikan kadar OPR merupakan dari golongan peminjam yang dikenakan kadar berubah iaitu pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan perniagaan.

Beliau juga berpendapat bahawa walaupun ekonomi ketika ini berada dalam fasa pemulihan, tetapi tidak semua stabil dari segi aspek pendapatan.

Baca artikel berkaitan:

BNM Naikkan OPR Kepada 3%

Kenaikan Kadar OPR Dorong Kerajaan Urus Perbelanjaan Secara Berhemat – Rafizi

Kenaikan OPR akan membebankan rakyat terutama golongan B40 yang mempunyai pinjaman kadar berubah. Beliau menasihatkan agar rakyat terutama golongan B40 membuat penstrukturan semula pinjaman mereka dan tidak membuat pinjaman atau menambah hutang baru.

“Pinjaman menjadi lebih mahal dan elak ambil pinjaman baru. Hutang atau pinjaman sedia ada perlu distrukturkan semula, berjumpa pihak bank selain berhubung dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS)

Golongan B40 Boleh Bankrap – Persatuan 4PM

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM), Rosland Mohd Ariff berpendapat peminjam terutama golongan B40 boleh bankrap dalam tempoh beberapa tahun susulan kenaikan OPR yang bermula pada Mei tahun lalu.

Menurut beliau, golongan B40 tidak mampu menampung bayaran pinjaman balik dalam situasi ekonomi mencabar pada ketika ini. Tambah beliau lagi, ada kemungkinan ramai individu hilang kediaman mereka kerana tidak mampu membayar pinjaman selain ada yang bankrap dalam situasi yang membebankan ini.

“Beban ini tidak sesuai dengan kita (dalam situasi ekonomi semasa), orang kita sudah susah (dan) OPR naik berkali-kali,”

Rosland Mohd Ariff, Presiden Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM)

Untuk rekod, kadar OPR telah naik sebanyak lima kali bagi tempoh 12 bulan bermula Mei 2022 menjadi 2.00%, diikuti Julai (2.25%), September (2.50%) dan November (2.75%) sebelum yang terbaru pada Mei 2023 menjadi 3.00%.

Foto: BNM

Baca Artikel Berkaitan :

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.