fbpx
Now Reading
Ibu Lakukan Amang Seksual Terhadap Anak Ditahan Lagi, Kali Ini Laporan Dibuat Gadis 15 Tahun

Ibu Lakukan Amang Seksual Terhadap Anak Ditahan Lagi, Kali Ini Laporan Dibuat Gadis 15 Tahun

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, siasatan awal polis mendapati kejadian dipercayai berlaku di sebuah hotel pada Januari lalu dan mangsa tidak bersekolah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang ibu yang didakwa melakukan amang seksual terhadap anaknya sendiri di Puncak Alam, Selangor telah ditahan sekali lagi untuk siasatan satu lagi kes sama di sekitar Sungai Buloh pada hari ini (10 Mei).

Wanita berusia 33 tahun itu ditahan selepas remannya sebelum ini di Ibu Pejabat Polis Kuala Selangor berakhir hari ini.

Selain suspek, polis turut menahan bapa tiri mangsa yang berusia 30-an bagi membantu siasatan.

Suspek ditahan susulan laporan polis dibuat anak perempuannya

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, penahanan itu dilakukan susulan laporan dibuat mangsa melibatkan remaja perempuan berusia 15 tahun di Balai Polis Saujana Utama pada Isnin lalu (8 Mei).

Ujar Shafa’aton, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian dipercayai berlaku di sebuah hotel pada Januari lalu dan mangsa tidak bersekolah.

“Kita akan menahan kedua-dua suspek yang kini berada dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor. Kebenaran tempoh ke atas kedua-dua suspek akan diperoleh dari mahkamah esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya yang dipetik Kosmo hari ini.

Polis Kuala Selangor sudah lengkapkan siasatan kes

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa pula berkata pihaknya sudah melengkapkan siasatan kes tersebut.

“Namun, kita akan mengambil tindakan pendakwaan selepas selesai kes baharu di Sungai Buloh berkenaan dengan siasatan mengikut Seksyen 14 dan 5 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.”

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa

Wanita ditahan selepas disyaki lakukan amang seksual dengan anak lelaki

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita ditahan polis selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya yang berusia 14 tahun di Puncak Alam pada 4 Mei lalu.

Penangkapan wanita itu dilakukan selepas pihak polis menerima laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mendapat maklumat mengenai perbuatan terkutuk itu menerusi hantaran video daripada individu tidak dikenali.

Selang sehari, seorang penganggur lelaki berusia 35 tahun juga ditahan selepas dipercayai terlibat dalam penyebaran video berkenaan, lapor Kosmo.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.