fbpx
Now Reading
Kereta Api Enjin Stim KTMB Yang Berkonsepkan Tradisional Mula Operasi Januari 2024

Kereta Api Enjin Stim KTMB Yang Berkonsepkan Tradisional Mula Operasi Januari 2024

Inisiatif kerjasama antara KTMB dan Great Leisure Sdn Bhd bertujuan menarik pelancong tempatan dan luar negara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kereta api enjin stim KTMB dengan hiasan dalaman berkonsepkan tradisional akan mula beroperasi pada Januari 2024.

Menurut Ketua Pegawai Korporat Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), Mohamed Suhaimi Yaacob, inisiatif yang turut dikenali sebagai Tourism Heritage Steam Locomotive Train merupakan kerjasama KTMB dan Great Leisure Sdn Bhd. 

Inisiatif ini bertujuan untuk menarik pelancong tempatan dan luar negara untuk menikmati keindahan alam di sepanjang laluan kereta api.

“Ia bakal menjanjikan pengalaman unik kepada penumpang untuk menikmati keindahan lokasi tarikan pelancongan yang menarik di sepanjang laluan kereta api, khususnya di laluan hutan iaitu dari Gemas, Negeri Sembilan hingga ke Tumpat, Kelantan.”

Ketua Pegawai Korporat Keretapi Tanah Melayu Bhd, Mohamed Suhaimi Yaacob

Tambah beliau lagi, Kuala Lumpur dan Butterworth akan menjadi destinasi permulaan bagi perkhidmatan keretapi enjin stim itu sebelum melibatkan destinasi lain.

Hiasan Dalaman Berkonsepkan Tradisional

Dalam pada itu, menurut Pengarah Urusan Great Leisure Sdn. Bhd, Datuk Dzulfadly Abdullah, hiasan dalaman kereta api berkenaan adalah 100% menggunakan hasil kerja ukiran anak tempatan.

“Kerusi penumpang pula dipasang dengan rekaan yang diinspirasikan oleh syarikat tempatan mengikut konsep seniman P.Ramlee dan seniwati Saloma.”

Pengarah Urusan Great Leisure Sdn. Bhd., Datuk Dzulfadly Abdullah

Lokasi Untuk Pelbagai Majlis

Tambah beliau lagi, tidak hanya terhad dengan perkhidmatan pengangkutan, pengguna boleh menjadikan keretapi tersebut sebagai lokasi untuk mengadakan sebarang majlis seperti majlis perkahwinan.

“Kita ada open deck yang memang dikhaskan untuk majlis istimewa penumpang”

Pengarah Urusan Great Leisure Sdn. Bhd., Datuk Dzulfadly Abdullah

Menurut beliau, pihaknya masih belum menetapkan harga pakej bagi penganjuran majlis namun beliau menjanjikan ia ditawarkan dengan kadar istimewa.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.