fbpx
Now Reading
“Nak Pi Kedai” – Kanak-Kanak 6 Tahun Di Langkawi Pandu Kereta Sebelum Terbabas Langgar Tiang [Video]
kanak-kanak pandu kereta

“Nak Pi Kedai” – Kanak-Kanak 6 Tahun Di Langkawi Pandu Kereta Sebelum Terbabas Langgar Tiang [Video]

Kanak-kanak yang berusia enam tahun itu turut memaklumkan kereta itu dipandunya kerana ingin ke kedai untuk membeli kereta mainan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (9 Mei) penduduk Pulau Langkawi digemparkan dengan kejadian kemalangan yang melibatkan dua adik beradik berusia enam dan tiga tahun selepas kenderaan yang dipandu terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga berdekatan Titicawang.

Insiden yang berlaku sekitar jam 11.15 malam tersebut turut menyebabkan kanak-kanak yang memandu Toyota Vios itu mengalami kecederaan kecil seperti luka di bahagian dagu manakala adik lelakinya tidak mengalami kecederaan.

Video berhubung kejadian kemalangan yang melibatkan dua beradik itu turut tular di Facebook serta WhatsApp sejak malam semalam.

Kenderaan dipandu dalam keadaan bahaya, ramai sangka pemandu mabuk

Menerusi video yang tular, kenderaan tersebut kelihatan telah dipandu dalam keadaan yang berbahaya.

Ramai mulanya menyangkakan pemandu kereta berwarna putih itu mabuk sebelum terkejut sebaik mengetahui ia dipandu oleh kanak-kanak terbabit.

Kanak-kanak berkenaan turut memaklumkan dia memandu kenderaan tersebut kerana ingin ke kedai untuk membeli kereta mainan selepas ditanya oleh orang ramai yang berada di situ.

Memetik laporan Kosmo Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari menyatakan pihaknya telah menerima panggilan telefon tentang kejadian tersebut sekitar jam 11.15 malam pada hari yang sama.

“Kemalangan berpunca daripada kereta yang dipandu kanak-kanak berusia enam tahun bersama seorang penumpang yang juga adiknya, berusia tiga tahun tanpa pengetahuan ibu bapanya.

“Kereta itu yang datang dari arah Ulu Melaka hilang kawalan dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga berdekata Titicawang,” ujarnya.

Menurut beliau, dua kanak-kanak itu dipercayai keluar dari rumah semasa bapa sedang tidur dan ibu pula berada di dalam bilik air.

“Kanak-kanak itu dipercayai memandu pada jarak kira-kira 2.5 kilometer sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu,” katanya.

Jelas beliau lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

@kaizoku0707

Mengalahkan Myvi..Budak 6 tahun rembat vios p kedai..sakan la 2 beradik ni 😂 alhamdulillah mereka selamat 🤲🏻 Tlg Simpan kunci kereta Baik3 ya #viral #langkawi

♬ original sound – Kaizoku0707 Shop – Kaizoku0707 Shop
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.