fbpx
Now Reading
Polis Tahan Lelaki Warga Asing Selepas Tular Video Kencing Di Tempat Wuduk Kompleks BSI

Polis Tahan Lelaki Warga Asing Selepas Tular Video Kencing Di Tempat Wuduk Kompleks BSI

Permohonan reman terhadap lelaki terbabit akan dibuat pada hari ini (10 Mei) di Mahkamah Johor Bahru dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang menunjukan kelakuan tidak senonoh seorang lelaki yang membuang air kecil (kencing) di tempat mengambil wuduk di Kompleks Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru.

Perbuatan lelaki tersebut juga ditegur dan dirakam oleh seorang individu awam yang melihat kejadian.

Susulan itu, lelaki terbabit yang didapati merupakan warga asing telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor.

Perbuatan jelik lelaki 67 tahun itu dilakukan semalam

Menurut Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat, perbuatan jelik oleh lelaki berusia 67 tahun itu berlaku semalam (9 Mei).

Ujar Kamarul Zaman, lelaki terbabit ditahan sejurus kejadian selepas pihaknya menerima laporan pada pukul 4.36 petang Selasa.

“Hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod lampau dan saringan air kencing negatif,” katanya dalam satu kenyataan media.

Permohonan reman terhadap lelaki itu dibuat hari ini

Jelasnya lagi, permohonan reman terhadap lelaki terbabit akan dibuat pada hari ini (10 Mei) di Mahkamah Johor Bahru dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Kamarul Zaman juga menasihati orang ramai agar tidak melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan suasana yang tidak baik dan menganggu gugat ketenteraman awam.

Penularan video menimbulkan kemarahan orang ramai

Terdahulu, penularan video tersebut di Facebook menimbulkan kemarahan orang ramai. Ramai yang menyifatkan dia sebagai biadap dan tidak menghormati agama orang lain.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.