fbpx
Now Reading
Lelaki Ditahan Dipercayai Rakam Adegan Amang Seksual Ibu Dengan Anak

Lelaki Ditahan Dipercayai Rakam Adegan Amang Seksual Ibu Dengan Anak

Siasatan pihak berkuasa turut mendapati lelaki berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes pemerasan dan rogol.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat merakam adegan amang seksual fizikal membabitkan seorang wanita bersama anak lelakinya yang berusia 14 tahun di Puncak Alam, Selangor.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa, lelaki berkenaan yang berusia 25 tahun ditahan pada Jumaat (5 Mei) di sekitar kawasan sama bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Polis rampas telefon bimbit guna untuk rakam video, suspek ada rekod jenayah lampau

Siasatan pihak berkuasa turut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes pemerasan dan rogol.

“Kita turut merampas telefon bimbit suspek yang disyaki digunakan untuk merakam hubungan dua beranak berkenaan,” katanya dipetik dari Bernama.

Semalam (10 Mei) polis mengesahkan wanita berkenaan telah ditahan sekali lagi untuk siasatan satu kes serupa.

Dia ditahan selepas remannya sebelum ini di Ibu Pejabat Polis Kuala Selangor berakhir pada Rabu, 10 Mei.

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, penahanan itu dilakukan susulan laporan dibuat mangsa seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Balai Polis Saujana Utama pada Isnin lalu (8 Mei).

Selain wanita tersebut, polis turut menahan bapa tiri mangsa yang berusia 30-an bagi membantu siasatan.

Artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.