fbpx
Now Reading
Malaysia No. 2 Di Dunia Paling ‘Ketagih’ Media Sosial

Malaysia No. 2 Di Dunia Paling ‘Ketagih’ Media Sosial

Kajian menunjukkan, rakyat Malaysia secara purata mempunyai lapan platform media sosial.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Satu kajian yang dilakukan oleh syarikat pembekal proksi, Proxyrack mendapati Malaysia berada di kedudukan kedua dunia bagi negara yang paling banyak menggunakan platform media sosial.

Kedudukan ini bagaimanapun dikongsi bersama satu lagi negara Asean iaitu Filipina dengan skor sebanyak 8.75 daripada 10.

Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pula menduduki tempat pertama dengan skor sebanyak 9.55 bagi negara yang paling banyak menggunakan platform media sosial.

Manakala Arab Saudi ditempat ketiga dengan skor 8.41, diikuti Singapura (7.96), Vietnam (7.62), Brazil (7.62), Thailand (7.61), Indonesia (7.5) dan Hong Kong (7.27).

Senarai ini menjadikan UAE sebagai ‘pusat tumpuan media sosial dunia’ dengan mencatatkan skor yang hampir sempurna bagi semua kategori dalam laporan kajian tersebut.

“Penduduk UAE secara purata mempunyai sebanyak 8.2 platform media sosial, yang merupakan kedudukan ketiga di dunia selain mencatatkan peratusan tertinggi bagi individu yang mempunyai akaun Facebook iaitu 100 peratus,”

Proxyrack

Purata Rakyat Malaysia Mempunyai Lapan Platform Media Sosial

Berada di tangga kedua dalam senarai negara paling banyak mengggunakan platform media sosial dengan skor 8.75, data ini menunjukkan rata-rata rakyat Malaysia secara puratanya mempunyai sehingga lapan platform media sosial.

Foto: Proxyrack

Hasil kajian turut menunjukkan rakyat Malaysia meluangkan masa kira-kira lapan jam dan enam minit sehari untuk melayari Internet.

Foto: Proxyrack

Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Paling Ketagih

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] UK Sediakan Laluan Pejalan Kaki Khas Untuk Kaki Handphone

Laporan sama turut menunjukkan Malaysia berada di kedudukan ketiga bagi negara yang mempunyai rangkaian paling meluas dengan hampir 97% daripada populasinya menggunakan internet namun Malaysia berada di tangga kelima dengan skor 6.19 bagi kategori akses internet terbaik.

Penilaian Kajian Adalah Berdasarkan Beberapa Faktor

Berdasarkan laporan kajian, beberapa faktor telah diambil kira dan dinilai dalam menghasilkan laporan tersebut. Antaranya adalah seperti:

  • Penggunaan internet
  • Platform media sosial
  • Langganan jalur lebar tetap
  • Langganan telefon mudah alih
  • Peratusan populasi yang menggunakan internet

Menurut pakar-pakar, trend penggunaan internet semakin meningkat selepas pandemik Covid-19. Keadaan ini juga didorong dengan peningkatan trend perniagaan secara dalam talian ketika pandemik hingga menjadikannya sebagai satu kebiasaan pada masa kini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.