fbpx
Now Reading
“Tiada Duit Untuk Baiki Bumbung..” – Atap Rumah Tercabut Dilanda Ribu, Wanita Terpaksa Tidur Dalam Kereta

“Tiada Duit Untuk Baiki Bumbung..” – Atap Rumah Tercabut Dilanda Ribu, Wanita Terpaksa Tidur Dalam Kereta

Mangsa merupakan antara penduduk Kampung Melayu Majidee, Johor yang terjejas akibat ribut yang melanda pada 3 Mei lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita yang berusia 43 tahun memilih untuk tidur dalam kereta atau menumpang rumah rakan sekerja dan saudara setelah kediaman beliau di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru terjejas teruk akibat ribut yang melanda pada minggu lepas.

Menurut Fatimah Mohd Shah, 43, simpanan beliau tidak mencukupi untuk membaiki rumahnya yang rosak teruk dan menunggu bantuan daripada kerajaan bagi menampung kos membaiki rumah berkenaan.

 “Saya tiada duit simpanan untuk ganti bumbung baharu selepas ribut minggu lalu, saya memang menunggu duit bantuan (kerajaan negeri).”

Mangsa, Fatimah Mohd Shah

Rumah Hanya Tinggal Bumbung Tandas

Beliau yang tinggal bersama sepupunya berkata, rumah pusaka yang didiaminya itu terjejas apabila hampir keseluruhan bumbung rumah diterbangkan oleh ribut.

“100% bumbung rumah ini diterbangkan ribut kecuali bumbung tandas sahaja yang ada.”

Mangsa, Fatimah Mohd Shah

Buat masa ini, beliau dikatakan lebih selesa tinggal di rumah sendiri berbanding di dewan. Namun, disebabkan keadaan rumah yang terjejas, beliau mengambil keputusan untuk menumpang rumah rakan sekerja dan saudara atau tidur dalam kereta pada waktu yang singkat.

Bantuan Akan Disalurkan Pada 11 Mei 2023

Menurut Ahli Lembaga Yayasan Bandaraya Johor Bahru (MBNB), Datuk Yahya Jaafar, bantuan kepada mangsa terjejas akan diserahkan dalam satu majlis pada khamis petang.

“Bantuan akan disampaikan Yayasan MBJB, Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Pejabat Menteri Besar Johor kepada ketua keluarga mangsa ribut,”

Ahli Lembaga Yayasan Bandaraya Johor Bahru (MBNB), Datuk Yahya Jaafar

Untuk info, sebanyak 176 kediaman di Kampung Melayu Majidee, Johor terjejas akibat ribut yang melanda pada 3 Mei 2023.

Baca Artikel Berkaitan: Penduduk Di Utara Malaysia Dinasihatkan Bersedia Kemungkinan Gelombang Kedua Ribut Dan Banjir

Baca Artikel Berkaitan: Ribut Petir, Hujan Berterusan Dijangka Landa Seluruh Malaysia Hingga 30 November

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.