fbpx
Now Reading
BNM Tak Kejam Naikkan OPR, Kata Gabenor Bank Negara

BNM Tak Kejam Naikkan OPR, Kata Gabenor Bank Negara

Menurut Nor Shamsiah kenaikan OPR demi mengawal inflasi daripada terus melonjak tinggi hingga menjadi tidak terkawal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini telah menaikkan kadar OPR sebanyak 25 mata asas menjadi 3.00%.

Keputusan ini ternyata mengundang reaksi pelbagai pihak khususnya rakyat Malaysia yang mempunyai banyak pinjaman sehingga ada yang menyifatkan BNM ‘kejam’ dan tidak peka dengan masalah orang ramai.

Malah ada pakar-pakar ekonomi yang turut berpendapat tindakan ‘kurang popular’ ini akan lebih membebankan golongan berpendapatan rendah seperti B40.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: BNM Naikkan OPR Kepada 3%

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kenaikan OPR, Peminjam Dari Golongan M40 Dan B40 Terkesan

Terbaharu Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus menepis dakwaan bahawa BNM bertindak kejam dengan menaikkan kadar OPR.

Sebaliknya, beliau menegaskan perkara itu diputuskan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM demi mengawal inflasi daripada terus melonjak tinggi hingga menjadi tidak terkawal.

“Mana lagi kejam kalau inflasi kita di luar kawalan? Kalau kadar inflasi kita naik mendadak, kuasa beli semua orang akan terkesan tanpa mengira anda mempunyai pinjaman atau tidak,” kata beliau dipetik dari Berita Harian.

Demi pastikan ekonomi berkembang

Malah menurutnya kenaikan ini juga diambil bukan untuk masa terdekat sebaliknya demi kestabilan ekonomi di masa akan datang.

“Jadi, kita naikkan OPR kerana kita mahu memastikan ekonomi berkembang secara mampan dan bukan saja untuk hari ini, tapi untuk bulan dan tahun yang mendatang,” kata Nor Shamsiah.

Sebagai info, kenaikan OPR pada 3 Mei lalu adalah yang pertama kali bagi tahun ini. Ianya selepas penanda aras bagi kadar pinjaman dan deposit di Malaysia itu dikekalkan pada dua mesyuarat MPC BNM yang berlangsung pada Januari dan Mac lalu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.