fbpx
Now Reading
Tiada Unsur Mistik ‘Tokwan Berbulu’, Polis Sahkan Kanak-Kanak 6 Tahun Memang Tahu Pandu Kereta

Tiada Unsur Mistik ‘Tokwan Berbulu’, Polis Sahkan Kanak-Kanak 6 Tahun Memang Tahu Pandu Kereta

Kanak-kanak itu sebelum ini mendakwa kereta Toyota Vios berkenaan dipandu oleh seseorang yang dikenali sebagai ‘Tok Wan’ serta ‘Paklang’ dan ‘Pakcik’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial video seorang kanak-kanak berumur 6 tahun memandu kereta Toyota Vios milik ibu bapanya.

Kanak-kanak itu dipercayai memandu kereta sambil ditemani adiknya yang berusia 3 tahun sebelum terlibat dengan kemalangan di Jalan Bukit Tangga berhampiran Titi Chanwang, Pulau Langkawi Kedah kira-kira jam 11.15 malam pada 8 Mei 2023.

Baca Artikel Berkaitan: “Nak Pi Kedai” – Kanak-Kanak 6 Tahun Di Langkawi Pandu Kereta Sebelum Terbabas Langgar Tiang [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Gempar Budak 6 Tahun Bawa Vios Hingga Terbabas, Tular Mesej Suara Dakwa Kereta Dipandu Lelaki ‘Berbulu’ [Video]

Tiada Unsur Mistik, Memang Tahu Pandu Kereta

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, hasil siasatan mendapati kanak-kanak terbabit mempunyai pengetahuan mengenai fungsi pedal minyak dan gear kereta.

“Kanak-kanak tersebut menunjukkan bagaimana dia memandu dan turut mengetahui bagaimana hendak menurunkan brek tangan. Malah, dia juga boleh menerangkan penggunaan gear kepada pegawai penyiasat trafik.”

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari.

Beliau juga menolak unsur mistik seperti dakwaan yang tular di media sosial yang mengatakan kereta dipandu oleh Tok Wan dan terdapat individu lain yang didakwa sebagai “Paklang” dan “Pakcik”.

“Kanak-kanak tersebut juga menunjukkan cara menghidupkan enjin dan dapat hidupkan enjin apabila diminta. Kita menolak sebarang unsur mistik seperti mana yang ditularkan.”

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari.

Pandu Kereta Sejauh Lima Kilometer

Tambah beliau lagi, jarak kedai yang ingin dituju dengan kediaman mereka di Kampung Padang Menkuang adalah sejauh lima kilometer.

“Tapi ketika separuh perjalanan, kenderaan terbabit kemalangan setelah terbabas melanggar tiang lampu di tempat kejadian,” katanya.

Kanak-kanak tersebut telah dibawa oleh ibu bapanya ke Balai Polis Trafik Langkawi untuk diambil keterangan dan membantu siasatan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Untuk info, sebelum ini tular suara seorang kanak-kanak yang mendakwa kereta itu dipandu oleh ‘Tokwan’ yang badannya berbulu dan panas serta terdapat dua individu yang dikenali sebagai ‘Paklang’ dan ‘Pakcik’ turut berada dalam kereta tersebut.

Bagaimanapun, status kesahihan cerita tersebut tidak diketahui memandangkan video rakaman suara itu tertera ‘forwarded many times’ di mana ia sudah pun dikongsikan berulang kali oleh pengguna WhatsApp.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.