fbpx
Now Reading
Tular Video Kes Buli Di Taman Melawati, Pelajar Dibelasah Kerana Tidak Hormat Senior -Polis

Tular Video Kes Buli Di Taman Melawati, Pelajar Dibelasah Kerana Tidak Hormat Senior -Polis

Menurut Ketua Polis Ampang, mangsa ditumbuk di bahagian dada kiri, cekik dan tendang bahagian belakang badan oleh seorang pelajar lelaki tingkatan lima yang dikenalinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (11 Mei), tular di media sosial satu video yang memaparkan kejadian buli oleh sekumpulan pelajar di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur.

Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa orang pelajar lelaki sedang memukul serta menyepak seorang pelajar yang lain.

Video tular tersebut menyebabkan rata-rata pengguna media sosial berasa geram dengan tindakan yang dilakukan oleh kumpulan pelajar tersebut.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tular Video Pelajar Lelaki Dibelasah Secara Berkumpulan Buat Ramai Rasa Geram

Terkini, pihak polis telah merakam keterangan lima individu bagi membantu siasatan kes tersebut yang berlaku di Kemensah Height Embun, Kemensah Track Motorcross Taman Melawati pada Isnin lalu (8 Mei).

Kejadian berlaku akibat mangsa tidak hormat senior

Ketua Polis Daerah Ampang, Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian dipercayai berlaku disebabkan perselisihan faham antara mangsa yang didakwa tidak menghormati sekumpulan pelajar senior tingkatan lima.

Farouk berkata, awalnya mangsa yang berusia 15 tahun itu telah dipukul di tangga sekolahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati pada sekitar jam 9.30 pagi.

Mangsa ditumbuk, cekik dan tendang

Menurutnya, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan tiga ditumbuk di bahagian dada kiri selain dicekik dan ditendang di bahagian belakang badan oleh seorang pelajar lelaki tingkatan lima yang dikenalinya.

“Mangsa turut diugut akan disiku bahagian muka sekiranya tidak berjumpa di Anjung Selera sebelum lima suspek mengajak mangsa ke Bukit Mar Mar Kemensah lalu dipukul,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Farouk berkata, dalam pergaduhan itu, mangsa telah ditumbuk salah seorang pelajar terbabit di bahagian muka sebanyak empat kali.

Kejadian disaksikan 10 hingga 15 pelajar lain

Ujar beliau, kejadian itu turut disaksikan lebih kurang 10 hingga 15 orang pelajar lain.

“Mangsa mengalami kecederaan bahagian dahi kepala, luka di bahagian tepi kening kiri, rahang di bahagian muka kiri serta belakang tengkuk mengalami kesakitan dan bengkak.

“Kes disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.