fbpx
Now Reading
Tun M Umum Keluar GTA

Tun M Umum Keluar GTA

Menurut Tun Mahathir, keputusan itu dilakukan selepas Gerakan Tanah Air (GTA) gagal menarik sokongan pengundi khususnya sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang berlangsung pada November tahun lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas mengundurkan diri dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pada Februari lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini difahamkan turut ‘mengangkat kaki’ dari Gerakan Tanah Air (GTA).

Menurut Tun Mahathir, keputusan itu dilakukan selepas parti itu gagal menarik sokongan pengundi khususnya sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang berlangsung pada November tahun lalu.

Malah beliau turut menyifatkan GTA tidak dapat berfungsi dengan baik, lapor Awani.

“(Jawatan Pengerusi GTA) yang itu (perkara) lama… (kini saya) tidak ada (sebarang jawatan), (matlamat penubuhan) GTA tidak jadi, (GTA) tidak membantu kita (untuk menang pilihan raya), kerana ia (berbentuk) parti.

“Kita dapati kalau (bergerak) sebagai parti, kita tidak boleh menang, kita sudah lawan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), GTA dan (Parti) Pejuang (Tanah Air) kalah 125 kerusi (yang ditandingi selain hilang deposit).

“GTA (sebelum ini juga) kita tidak (dapat) register, (kita) belum register (sebagai sebuah parti yang sah), (oleh kerana) GTA ‘not functioning‘ dan tidak bergerak, (saya kini tidak bersama mereka),” kata Tun M.

Hanya aktif bersama ‘Proklamasi Orang Melayu’

Bekas Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 itu juga turut mengesahkan bahawa beliau tidak lagi terlibat dengan mana-mana parti politik sebaliknya hanya bergerak melalui medium ‘Proklamasi Orang Melayu’.

Jelas beliau medium itu boleh memberi kesedaran kepada orang Melayu di negara ini tentang nasib mereka yang dilihat sudah kehilangan kuasa di negara sendiri.

Malah beliau berpendapat sekiranya penyatuan dalam kalangan orang Melayu tidak dapat direalisasikan, kedudukan kaum berkenaan di Malaysia juga akan semakin terhakis dari hari ke hari.

Sebagai rekod, Tun M pada Februari lalu mengumumkan beliau sudah keluar daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang sebelum ini diasaskannya.

Pengunduran beliau turut disertai 12 pemimpin GTA yang lain antaranya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Datuk Marzuki Yahya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.