fbpx
Now Reading
Tiada Lagi Subsidi Elektrik Untuk Rumah Orang Kaya, Kata PM Anwar Ibrahim

Tiada Lagi Subsidi Elektrik Untuk Rumah Orang Kaya, Kata PM Anwar Ibrahim

Kerajaan sebelum ini menanggung baki surcaj sebanyak 7 sen/kWj atau RM1.93 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2023.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan bagi tempoh 1 Januari 2023 hingga 30 Jun 2023, sebanyak RM10.76 bilion diperuntukkan bagi menampung subsidi bil elektrik untuk pengguna domestik dan pengguna bukan domestik kategori voltan rendah (LV).

Pengguna daripada Perniagaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), restoran, kedai runcit, bengkel kecil serta pengguna dalam kategori pertanian seperti petani, penternak dan pekebun merupakan antara kumpulan yang mendapat manfaat subsidi berkenaan.

Pemberian Subsidi Secara Bersasar

Namun, ekoran daripada kenaikan kos bahan api dan kos penjanaan yang lain, beliau berpendapat agar kerajaan perlu membuat semakan semula terhadap pemberian subsidi bagi tarif elektrik khususnya kepada golongan T20.

Tambah beliau, pemberian subsidi secara bersasar harus dilaksanakan agar golongan yang sepatutnya dapat menerima manfaat.

“Itu satu perkara yang bagi saya perlu fikir semula pada masa depan kerana kalau cakap soal tarif untuk T20, mereka dapat gaji besar dan perlu bayar tarif lebih kompetitif. Untuk M40 dan B40, saya setuju kita perlu melindungi mereka.”

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad

Tiada Lagi Subsidi Untuk Orang Kaya

Terbaharu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini (15 Mei) berkata, kerajaan kini tidak lagi menanggung subsidi bahan api bagi orang kaya.

Tambah beliau, rumah yang menggunakan penggunaan elektrik yang tinggi akan dikenakan caj seperti biasa tanpa melibatkan subsidi.

Contohnya, isi rumah yang menggunakan tiga kipas dan empat penyaman udara perlu membayar kos sebenar kadar tarik elektrik.

“Maknanya, B40 dan M40 tiada kenaikan (tarif elektrik), tetapi rumah-rumah yang menggunakan elektrik yang tinggi akan dikenakan bayaran ikut harga pasaran. Ini kena faham, tiada kenaikan bagi 90% rakyat, tetapi bagi rumah-rumah yang menggunakan elektrik berlebihan termasuk penggunaan penyaman udara yang banyak (akan ada kenaikan tarif).”

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Tips Sejukkan Rumah Tanpa Pendingin Hawa, Cara Paling Jimat & Mudah [Video]

Tolak Cadangan Kenaikan Tarif Elektrik

Menurut beliau, ini merupakan inisiatif kerajaan bagi melaksanakan subsidi bahan api bersasar pada awal tahun ini dengan menolak cadangan kerajaan lain untuk menaikkan tarif elektrik.

“Jadi kita kekalkan harga elektrik bagi B40 dan M40, dan hanya dikenakan kenaikan kepada kilang-kilang besar melainkan yang ada kaitan dengan pertanian atau perniagaan kecil dan sederhana (PKS).”

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Walau bagaimanapun, inisiatif penyelarasan kadar tarif elektrik atau jumlah penggunaan yang akan dikategorikan sebagai ‘penggunaan amat tinggi’ tidak dinyatakan bila pelaksanaannya.

Baca Artikel Berkaitan: Kenaikan Tarif Elektrik Tidak Dapat Dielak, Kerajaan Harus Pertimbangkan Subsidi Bersasar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.