fbpx
Now Reading
“Diam!” – Tular Video Pengasuh Berang Herdik & Hempas Bayi Yang Enggan Berhenti Menangis

“Diam!” – Tular Video Pengasuh Berang Herdik & Hempas Bayi Yang Enggan Berhenti Menangis

Menurut polis, hasil siasatan mendapati kejadian tersebut belaku di salah sebuah taska yang berada di kawasan Mutiara Rini, Johor Bahru.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial dua video yang memaparkan tindakan seorang wanita dipercayai pengasuh telah menganiaya seorang bayi yang enggan berhenti menangis ketika waktu tidur.

Menerusi perkongsian video di laman Twitter akaun @jnmalaysia, kelihatan pengasuh terbabit mengherdik dan menepuk kepala bayi tersebut berkali-kali seolah ingin melepaskan geramnya.

Pengasuh angkat dan lepas/hempas bayi atas tilam nipis

Di dalam satu lagi video berasingan pula, pengasuh tersebut dilihat mengangkat bayi tersebut sebelum dilepaskan atau dihempas beberapa kali di atas tilam yang nipis.

Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah taska di sekitar kawasan Skudai, Johor dan perakam tidak berani untuk membuat laporan polis.

“Tukang ambil video tak berani nak report (lapor). Tolong sebarkan semoga video ini sampai kepada ibu bapa bayi tu. Apa ini sebahagian daripada penderaan?” tulisnya di ruangan kapsyen.

Ramai bengang tengok tindakan pengasuh terbabit

Video tular tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang mana rata-rata bengang melihat tindakan pengasuh terbabit.

Selain itu, mereka turut menggesa agar pihak berkuasa segera menyiasat dan mengambil tindakan kepada wanita terbabit.

Laporan polis telah dibuat, suspek sedang dikesan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin memaklumkan satu laporan polis telah oleh orang awam berhubung kejadian tular terbabit.

Menurutnya, hasil siasatan pihak polis mendapati kejadian tersebut belaku di salah sebuah taska yang berada di kawasan Mutiara Rini, Johor Bahru.

Jelas Rahmat, pihak polis masih lagi sedang mengesan suspek bagi tujuan siasatan lanjut.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini di kehendaki tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah (IPD) Iskandar Puteri bagi membantu siasatan,” katanya.

Kecoh satu Malaysia kes Siti Bainun dera adik Bella

Terdahulu, kecoh mengenai kes pengasas rumah bonda, Siti Bainun Ahd. Razali yang mendera seorang remaja perempuan ‘down sydrome’ sehingga mengakibatkan kecederaan parah.

Bagaimanapun, pada 3 Mei lalu seluruh rakyat Malaysia memanjat rasa syukur apabila Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun kepada Siti Bainun atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya mangsa yang dikenali sebagai Bella.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.