“Kami Tiada Niat” – Kes Larang Laungan Azan Di Tanjung Tokong, Pengerusi JMB Kondominium Mohon Maaf [Video]

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai video pertikaian laungan azan disebuah kawasan perumahan di Tanjong Tokong, Pulau Pinang.

Video tersebut menaikan kemarahan segelintir individu kerana isu yang dibangkitkan itu adalah dianggap sensitif bagi umat Islam di negara ini.

JMB kondominium Tri Pinnacle mohon maaf secara terbuka, tiada niat larang azan

Terkini, badan pengurusan bersama (JMB) kondominium Tri Pinnacle, Tanjong Tokong, Pulau Pinang telah memohon maaf secara terbuka kepada penduduk beragama Islam dan umat Islam di Malaysia berhubung isu terbabit.

Pengerusi JMB kondominium Tri Pinnacle, Alex Low berkata pihaknya tidak mempunyai niat untuk melarang laungan azan di surau berkenaan seperti mana dakwaan sesetengah pihak di media sosial.

Malah ALex berkata isu berkenaan telah diselesaikan hasil perbincangan antara JMB dan waklik wakil AJK surau bersama Jabatan Agama Islam Daerah Timur Laut.

”Kami sama sekali tidak mempunyai niat untuk melarangkan laungan azan di Surau Saidina Umar, Blok A Tri Pinnacle. Saya secara peribadi, memohon maaf jika ada kata-kata dan ucapan saya menimbulkan kemarahan mana-mana pihak.

”JMB dan wakil Ahli Jawatankuasa (AJK) surau telah bermesyuarat dan berbincang mengenai hal ini dengan Jabatan Agama Islam Daerah Timur Laut, Pulau Pinang pada 9 Mei lalu. Persetujuan telah pun dicapai dan masalah telah pun diselesaikan,” katanya pada sidang akhbar di kondominium Tri Pinnacle semalam (16 Mei).

Turut hadir bersama Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor dan wakil penduduk serta surau kondominium berkenaan.

Kecewa dan kesal, isu perbincangan dalaman telah disebarkan

Menurut Alex, pihaknya sangat kecewa dan kesal kerana isu tersebut sepatutnya menjadi perbincangan dalaman sahaja namun telah disebarkan sekaligus menyebabkan berlakunya salah faham.

Dalam pada itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata pihaknya sudah memanggil JMB kondominium itu dan pengurusan surau kondominium tersebut untuk diambil keterangan berhubung isu berkenaan.

Tular di media sosial beberapa individu bertikam lidah kerana isu laungan azan

Terdahulu, tular di media sosial beberapa individu sedang bertikam lidah mengenai isu laungan azan yang menggunakan pembesar suara.

Video tular tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-rata menggangap isu terbabit tidak seharusnya menjadi pertikaian.

Bahkan Video tersebut turut dimuat naik dan dibahas oleh pendakwah terkenal, PU Syed.

@pu_syedofficial

apa shj melibatkan hal ehwal agama Islam..toksahlah disekat² apatah lagi ttg syiar agama..dalam Negara Islam kot.. semoga kes ini dapat diselesaikan dengan damai..

♬ original sound – PU Syed – PU Syed

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

12 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

20 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

3 days ago