fbpx

Taska Terbabit Kes Pengasuh Dera Bayi Tiada Lesen, JKM Tutup Operasi Serta-Merta

Difahamkan, taska berkenaan tidak mempunyai lesen kerana belum menerima kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan bomba.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Operasi sebuah taska di Mutiara Rini, Skudai, Johor yang terlibat dengan kes tular seorang pengasuh mengasari bayi telah ditutup serta merta oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas disahkan tidak mempunyai sebarang lesen untuk beroperasi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Johor Khairin-Nisa @ Md On berkata cawangan lain taska berkenaan yang terletak di Jalan Abd Samad dan Gelang Patah juga ditutup.

Khairin-Nisa menerusi hantaran di laman Facebook miliknya juga berkesempatan meninjau taska terbabit pada pagi semalam (16 Mei) untuk bertemu dengan pengusahanya dan mendapat penjelasan lanjut mengenai kejadian tersebut.

Tiada lesen kerana belum dapat kebenaran dari PBT, Jabatan Kesihatan Negeri dan bomba

Menurutnya, taska berkenaan didapati tidak mempunyai lesen kerana belum menerima kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan bomba, lapor Bernama.

“Kalau belum dapat kebenaran daripada ketiga-tiga pihak ini, JKM memang tidak boleh keluarkan lesen. Sebelum ini pun kita dah nasihat supaya tidak beroperasi tanpa lesen tapi pengusaha berdegil dan tetap beroperasi juga.

“Justeru, ketiga-tiga rangkaian taska berkenaan ditutup serta-merta oleh JKM negeri di bawah Seksyen 20a Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pengusaha boleh didenda RM10,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali

Difahamkan, pengusaha itu boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Jelas Khairin-Nisa, pengusaha terbabit dipercayai telah memohon lesen pada awal tahun ini dan telah beroperasi secara haram selama tiga hingga empat bulan ini.

Pada masa yang sama, beliau turut menasihati ibu bapa agar menyemak terlebih dahulu dengan JKM sama ada taska yang ingin dimasuki anak mereka mempunyai lesen atau tidak.

Tular video pengasuh dera bayi yang enggan berhenti menangis

Terdahulu, tular di media sosial dua video yang memaparkan tindakan seorang wanita dipercayai pengasuh telah menganiaya seorang bayi yang enggan berhenti menangis ketika waktu tidur.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Diam!” – Tular Video Pengasuh Berang Herdik & Hempas Bayi Yang Enggan Berhenti Menangis

Susulan penularan video tersebut, suspek wanita berusia 21 tahun itu telah ditahan reman selama empat hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret R Salini ke atas suspek mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.