fbpx
Now Reading
Isu Penjualan Semula Tiket Coldplay, Fahmi Fadzil Arah SKMM Ambil Tindakan
tiket mahal

Isu Penjualan Semula Tiket Coldplay, Fahmi Fadzil Arah SKMM Ambil Tindakan

Menteri Komunikasi dan Digital turut menyifatkan tindakan menjual semula tiket pada harga berlipat ganda adalah keterlaluan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 16 Mei dan 17 Mei yang lalu telah berlangsungnya jualan tiket bagi konsert jelajah Coldplay: Music of The Spheres World Tour yang akan membuat persembahan pada 22 November di negara ini.

Oleh itu, orang ramai telah mula membeli tiket konsert berkenaan sehingga ia habis dijual dalam masa beberapa jam sahaja meskipun ada yang terpaksa berputih mata selepas menunggu berjam-jam untuk membelinya.

Namun dalam keterujaan para peminat yang membeli tiket berkenaan, terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab atau scalper yang bertindak menjual semula tiket berkenaan dengan harga yang mahal.

Malah ada yang mencecah sehingga puluhan ribu ringgit sehingga membuatkan ramai berang dan mengeluh kerana harga yang dijual itu tidak masuk akal.

Baca artikel berkaitan: Ada Yang Sampai RM43k! Tiket Coldplay Sold Out, Scalper Ambil Kesempatan Jual Harga Berlipat Kali Ganda

Menteri sifatkan keterlaluan

Terbaharu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diminta untuk mengambil tindakan berhubung perkara tersebut, lapor Kosmo.

Difahamkan, arahan tersebut telah diberikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital iaitu Fahmi Fadzil untuk menghindari lebih ramai yang tertipu dengan golongan scalper tersebut.

Fahmi fadzil menerusi ciapan di Twitter turut menyifatkan ia keterlaluan dan isu tiket adalah di bawah kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup seta mahu membangkitkan isu tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun Salahuddin memaklumkan, pihaknya setakat ini belum menerima apa-apa laporan rasmi mengenai penjualan harga tiket yang tinggi itu.

“Kalau ada laporan rasmi, kita boleh memberikan nasihat kepada rakyat.

“Apapun mereka nak menonton, tapi biarlah bijak. Janganlah (beli) sampai harga (lebih) RM43,000,” katanya.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.