fbpx
Now Reading
“Nak Riuh Rendah Pasal Apa?” – Isu Guna Kalimah Allah, Dasar Tak Berubah Kata Anwar

“Nak Riuh Rendah Pasal Apa?” – Isu Guna Kalimah Allah, Dasar Tak Berubah Kata Anwar

Menurut Anwar, cadangan mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah Allah kepada Majlis Raja-Raja adalah untuk memperkemaskan lagi beberapa perkara dan bukannya untuk mengubah dasar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada perubahan yang ketara akan berlaku susulan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan dalam menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai penggunaan kalimah Allah.

Menurutnya, sejak sekian lama pentadbiran kerajaan bersilih ganti antara parti, namun keputusan mahkamah itu tetap diguna pakai sehingga sekarang.

“Tak apalah tak setuju (dengan penarikan rayuan oleh KDN dan kerajaan), tetapi itu (penggunaan kalimah ‘Allah’) keputusan lama dan dipakai kerajaan terdahulu pun…dari Barisan Nasional (BN) ke Perikatan Nasional (PN), daripada UMNO ke PAS dan BERSATU sampailah sekarang, itulah dasarnya.

“Dasarnya iaitu tidak boleh dibenarkan istilah Allah digunakan oleh bukan Islam termasuk dalam kitab-kitab mereka. Jadi perkataan Allah untuk umat Islam di Semenanjung Malaysia dan begitu juga di Sabah dan Sarawak dengan beberapa syarat, tiada perubahan dengan yang sebelum ini,” katanya dipetik Berita Harian.

Anwar berkata demikian semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra di Dewan Saidina Abu Bakar di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM), Perak pada petang semalam (18 Mei).

Segelintir pihak label anwar sebagai liberal

Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Tambun itu mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang memberi pelbagai label kurang enak termasuk mendakwa beliau sebagai seorang yang liberal susulan isu terbabit.

“Nak riuh rendah mengenainya pasal apa? Apa yang tak kena?

“Ohhh…(tuduh) Anwar memang liberal, tunduk kepada DAP dan sekarang memang betullah nak merosakkan akidah umat Islam. Apa benda ini?” katanya lagi.

Cadangan kukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung Kalimah Allah

Mengulas mengenai perkenaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembah cadangan mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah Allah kepada Majlis Raja-Raja, Anwar berkata ia untuk memperkemas beberapa perkara dan bukannya bertujuan mengubah dasar mengenai penggunaan kalimah ‘Allah’.

Jelasnya, tindakan memperkemas itu adalah mengenai kelompongan kerana adanya perkara yang tidak jelas dari sudut tindakan dan penguatkuasaan.

“Dasar tak berubah kerana di Perak, di Pulau Pinang, di Selangor, di Johor tidak boleh yang bukan Islam menggunakan ‘Allah’. Ini keputusan mufti-mufti, keputusan Raja-Raja Melayu. Tak ada perubahan.

“Jadi semalam, (mengenai) ketetapan Jemaah Menteri itu kerana dia ada masalah sedikit kerana peraturan kita tak jelas dari segi kastam untuk ambil tindakan dan sebagainya, maka kita kaji itu.

“Kita kaji dan perkemaskan supaya keputusan itu tak berubah. Saya rasakan hendak perkemaskan dua tiga (perkara) yang longgar ini. Sebab itu kita minta perkenan Agong untuk kita bentangkan kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang akan datang,” ujar Anwar.

KDN and kerajaan tarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi

Terdahulu, media melaporkan kerajaan dan KDN menarik semula rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Islam seperti Allah dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Isu Kerajaan Tarik Balik Rayuan Kalimah Allah, Menteri UMNO Akan Bangkitkan Pada Mesyuarat Kabinet – Azalina

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.