fbpx
Now Reading
Pemain Industri Gesa Tiada Lagi Pengumuman Cuti Mengejut, Rugi RM3 Bilion Sehari

Pemain Industri Gesa Tiada Lagi Pengumuman Cuti Mengejut, Rugi RM3 Bilion Sehari

Cuti umum mengejut boleh mengakibatkan kerugian pendapatan dan produktiviti yang besar kepada industri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali kerajaan mengumumkan satu hari kelepasan am atau cuti umum yang mengejut, pastinya mengundang rasa gembira dalam kalangan pekerja.

Kebiasaannya, pengumuman cuti umum tambahan dibuat sekiranya terdapat peristiwa penting yang berlaku yang memerlukan persiapan rapi dibuat oleh rakyat.

Bagi pekerja, ini merupakan peluang dan kemudahan bagi mereka untuk melakukan persiapan bagi menyambut peristiwa berkenaan.

Walau bagaimanapun bagi sesetengah majikan, pengumuman cuti umum tambahan dianggap sebagai satu beban kerana ia dikatakan boleh menyebabkan kerugian yang besar kepada syarikat.

Kerugian Boleh Mencecah Lebih RM3 bilion Sehari

Menurut Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM), Tan Sri Soh Thian Lain, pengumuman cuti umum mengejut boleh mendatangkan kerugian pendapatan dan produktiviti yang besar kepada industri.

“Kerugian nilai tambah perkilangan sehari adalah sekitar RM1 bilion. Jumlah ini tidak termasuk gaji. Gaji sehari sektor swasta perlu bayar adalah RM700 juta. Jika perisytiharan cuti umum, ia bermakna perlu membayar tiga kali ganda, bermakna lebih RM2 bilion,” katanya.

“Maka, ditambah dengan kerugian nilai tambah pembuatan mungkin kerugian melepasi RM3 bilion setiap hari,” ujarnya lagi.

Gesa Tiada Lagi Cuti Umum Mengejut

Akibat daripada menanggung kerugian yang besar ini, pemain industri menggesa agar tiada lagi pengumuman berkaitan cuti umum mengejut dibuat.

Tambah beliau, apa yang industri mahukan adalah cuti umum yang sudah diwartakan dan bukan cuti umum tanpa perancangan dan mengejut kerana ia akan menjejaskan sektor perkilangan dan perkhidmatan lain.

“Fokus tugas kerajaan adalah bagaimana memajukan ekonomi dan bagaimana menjalankan pentadbiran kerajaan (dan) bukannya mengumumkan cuti umum,” katanya.

Untuk info, kerajaan sebelum ini memberikan satu hari kelepasan am tambahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kerajaan juga pernah mengisytiharkan dua hari kelepasan am ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi tujuan memudahkan rakyat untuk mengundi dan meraikan pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Baca Artikel Berkaitan: PM Anwar Umum Satu Hari Cuti Tambahan & Tol Percuma Empat Hari Sempena Aidilfitri

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Paling Banyak Cuti Umum!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.