fbpx
Now Reading
Pengusaha Pusat Tahfiz Sekali Lagi Didakwa Atas 3 Pertuduhan Jenayah Seksual Luar Tabii
pengasas pusat tahfiz didakwa lagi

Pengusaha Pusat Tahfiz Sekali Lagi Didakwa Atas 3 Pertuduhan Jenayah Seksual Luar Tabii

Tertuduh, Muhammad Firdaous bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 17 Mei lalu, seorang pengasas sebuah pusat tahfiz telah didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka terhadap lima pertuduhan iaitu membuat amang seksual serta seks luar tabii kepada tiga pelajar pada tahun 2022.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kelima-lima pertuduhan tersebut ketika ia dibacakan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam dan Hakim Mohd. Sabri Ismail dalam dua prosiding yang berasingan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut kepada tiga pelajar yang berumur 13,14 dan juga 15 tahun.

Baca artikel berkaitan: Pengasas Tahfiz Beristeri Dua Didakwa Lakukan Amang Seksual & Seks Luar Tabii Terhadap 3 Pelajar Lelaki

Pengasas pusat tahfiz didakwa 3 lagi pertuduhan

Terbaharu, tertuduh iaitu Muhammad Firdaous Abdul Rashif sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Gajah, Melaka atas tiga pertuduhan iaitu melakukan jenayah seksual kepada seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun sejak dua bulan lalu.

Lelaki berusia 40 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut sebaik sahaja ia dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nariman Badruddin, lapor Astro Awani.

Lakukan perbuatan seksual di bilik guru

Berdasarkan pertuduhan, Firdaous didakwa melakukan perbuatan tersebut kepada pelajar berkenaan di sebuah bilik guru di pusat tahfiz di Tanjung Minyak, Melaka jam 3 petang pada Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017, sekiranya sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Bagi pertuduhan kedua, pengasas berkenaan didakwa membuat perbuatan luar tabii kepada remaja terbabit di tempat, waktu serta tarikh yang sama.

Untuk kesalahan tersebut tertuduh didakwa di bawah Seksyen 377c Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Lakukan kelucahan melampau kepada mangsa

Mengikut pertuduhan ketiga, tertuduh yang memilik dua isteri itu didakwa melakukan kelucahan melampau kepada pelajar tersebut di dalam sebuah bilik rumah guru di tahfiz berkenaan jam 1.30 pagi pada 28 April lepas.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan sebat mengikut Seksyen 377e Kanun Keseksaan.

Pendakwaan bagi kes terbabit dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari. Sementara itu, peguam Faathir Imran Firdaus pula mewakili Firdaous.

Dalam pada itu, hakim turut membenarkan Firdaous untuk diikat jamin RM30,000 bagi kesemua pertuduhan terhadapnya, selain turut menetapkan 26 Jun bagi tarikh sebut semula kes dan penyerahan dokumen.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.