fbpx
Now Reading
SPRM Siasat Bekas Menteri Kanan & Ahli Perniagaan Berpangkat ‘Tan Sri’ Seleweng RM2.3 Bilion

SPRM Siasat Bekas Menteri Kanan & Ahli Perniagaan Berpangkat ‘Tan Sri’ Seleweng RM2.3 Bilion

Difahamkan siasatan itu adalah kesinambungan dan tambahan daripada pendedahan beberapa dokumen sulit yang dibuat oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi yang disyaki berlaku melibatkan pusat kewangan luar pesisir.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka beberapa kertas siasatan terhadap seorang bekas menteri kanan dan tokoh perniagaan berpangkat ‘Tan Sri’ berhubung penyelewengan dana negara bernilai lebih RM2.3 bilion.  

Menurut Bernama yang memetik sumber, siasatan tersebut dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 bersama Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Jelas sumber, siasatan itu adalah kesinambungan dan tambahan daripada pendedahan beberapa dokumen sulit yang dibuat oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi yang disyaki berlaku melibatkan pusat kewangan luar pesisir.

“Fokus utama siasatan adalah berhubung dengan pembelian dan pemilikan saham di sebuah syarikat tersenarai oleh sebuah syarikat gergasi negara yang dikatakan didalangi oleh bekas menteri kanan itu.

“Difahamkan, transaksi pembelian dan pemilikan saham ini dipercayai menjadi punca kepada kemerosotan ekonomi negara serta kejatuhan matawang ringgit pada hujung 1990-an dan telah diseleweng untuk kepentingan individu terbabit untuk diselamatkan (bail out) daripada mengalami kerugian yang lebih teruk,” kata sumber tersebut.

Tambahnya lagi siasatan itu juga bertumpu kepada beberapa aspek antaranya transaksi-transaksi daripada hasil penjualan saham syarikat tersenarai tersebut, pemilikan aset-aset berharga yang dimiliki ahli perniagaan dan bekas menteri kanan itu serta ahli keluarga mereka yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit di dalam dan di luar negara.

“MACC juga telah merakam keterangan lebih kurang 14 saksi dalam tempoh beberapa minggu lalu berhubung penyiasatan ini termasuk keterangan daripada tokoh ahli perniagaan dan bekas menteri kanan tersebut berkaitan dengan dokumen-dokumen sulit yang didedahkan oleh Pandora Papers,” katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki yang dihubungi turut mengesahkan perkara itu. Jelansya siasatan kini bertumpu pada Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapat suapan dan kesalahan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4 (1) AMLATFPUAA 2001.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.