fbpx
Now Reading
Akui Terpaksa Bersaing Beli Tiket Coldplay, KJ Berpendapat Malaysia Perlu Alu-Alukan Artis Antarabangsa
KJ berpendirian malaysia perlu alu-alukan kedatangan artis luar negara

Akui Terpaksa Bersaing Beli Tiket Coldplay, KJ Berpendapat Malaysia Perlu Alu-Alukan Artis Antarabangsa

Menurut KJ, kehadiran penyanyi atau selebriti yang mempunyai nama besar dari luar negara ini dapat memberi impak baik kepada Malaysia terutamanya dalam ekonomi dan pelancongan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa minggu lalu, orang ramai mula membincangkan mengenai konsert kumpulan penyanyi Britain, Coldplay yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 22 November nanti.

Perkara itu mula menjadi sohor selepas kumpulan berkenaan membuat pengumuman mengenai konsert tersebut menerusi media sosialnya.

Ia secara tidak langsung telah membuatkan para peminat berasa teruja, malah ia dapat dilihat apabila tiket yang dijual habis dalam masa beberapa jam sahaja sebaik ia dibuka pada 16 Mei dan 17 Mei lalu.

Walau bagaimanapun, konsert tersebut turut mendapat tentangan daripada beberapa pihak kerana merasakan hiburan seperti itu kurang bersesuaian.

KJ berpendapat Malaysia perlu alu-alukan kedatangan artis luar negara

Terbaharu bekas Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin (KJ) mengakui telah membeli tiket Konsert Coldplay: Music of the Speheres World Tour meskipun terpaksa bersaing dengan peminat lain dan ia dibeli secara sah.

“Ya saya beli tiket walaupun bukan mudah. Saya beli secara sah.”

Beliau yang kini penyampai radio di stesen radio HotFM turut berpendapat bahawa Malaysia perlu mengalu-alukan kedatangan selebriti antarabangsa.

“Masyarakat Malaysia ini ada pelbagai jenis. Ada yang konservatif, ada yang liberal dan sebagainya. Yang konservatif, mereka ada sedikit masalah dengan acara hiburan seperti konsert. Dalam industri hiburan, kita sentiasa berdepan dengan perkara ini.

“Saya kekal dengan pendirian saya di mana, Malaysia kena menjadi negara yang mengalu-alukan kehadiran artis dari luar. Lagi pula ia tidaklah keterlaluan,” jelasnya kepada Harian Metro.

Beri impak baik kepada ekonomi dan pelancongan

Jelasnya lagi, kehadiran penyanyi antarabangsa yang mempunyai nama besar juga dapat memberi impak yang baik kepada Malaysia khususnya di dalam ekonomi serta pelancongan.

“Kalau kita tutup kehadiran mereka, kita yang akan rugi dari sudut ekonomi dan pelancongan. Selain itu, kerugian juga buat artis-artis tempatan untuk mendapat inspirasi daripada kehadiran mereka (artis antarabangsa) ini.”

Pihak penganjur perlu ambil iktibar isu ‘Scalper’

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda UMNO itu turut menjelaskan berhubung ulat tiket atau ‘Scalper’ yang menjual tiket dengan harga berlipat kali ganda dan meminta pihak penganjur mengambil iktibar serta belajar bagaimana negara luar mengendalikan isu tersebut.

“Banyak cara yang kita boleh belajar daripada negara lain. Contohnya, tiket dijual perlu dicetak dengan nama dan nombor kad pengenalan supaya tidak dijual semula (oleh mereka yang mengambil kesempatan).

“Kalau tak dapat pergi, pembeli itu kena jual semula kepada penganjur.

“Saya rasa, masalah ini bukan berlaku di Malaysia sahaja. Mungkin apa yang berlaku ini boleh kita jadikan sebagai iktibar. Selepas ini, mungkin kerajaan boleh letakkan syarat kepada penganjur untuk menyusun atur strategi penjualan tiket,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Khairy ada membincangkan berhubung kedatangan kumpulan Britain tersebut menerusi satu podcast di YouTube bertajuk Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan pada minit ke 41:04.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.