fbpx

“Beri Saya Masa, Bukan Saya Kata ‘No’ Pada Tawaran Muhyiddin” – Khairy Jamaluddin [Video]

Menurut Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ, beliau tidak mahu membuat keputusan memasuki semula bidang politik ini hanya kerana emosi ingin membalas dendam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin minta diberi masa untuk beliau mempertimbangkan tawaran menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU.

Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan itu menyatakan ia bukan sesuatu keputusan yang mudah untuk dibuat berhubung tawaran yang diberikan oleh Pengerusi BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

“Saya harap mereka yang membuat tawaran itu kepada saya dapat memberi saya sedikit masa lagi untuk memikirkan perkara ini… terima kasih kepada Muhyiddin yang secara umum menzahirkan perkara ini.

“Bila kita ada peluang kedua untuk memilih parti politik, saya tidak ambil ringan keputusan ini, bukan kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) akan berlangsung bila-bila masa,” katanya.

Ingin menyertai parti secara rela hati dan bukan demi menjadi calon

Menurut Khairy, beliau ingin menyertai secara rela hati dan bukannya ingin menjadi calon Pilihan Raya semata-mata kerana baginya parti itu mewakili nilai dan pendiriannya dalam dunia politik ini.

“Jadi saya perlukan masa, bukan saya kata ‘no’ (tidak) kepada tawaran Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden BERSATU) pada podcast kali ini.

“Saya nak menjelaskan kepada orang ramai dan pendengar yang peduli mengenai hal ini,” katanya lagi.

Kenyataan itu diberikan Khairy pada siri podcast ‘Keluar Sekejap’ yang dihoskan bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan, semalam (22 Mei).

https://twitter.com/keluarsekejap/status/1660872085928030208?s=20

KJ akan bersemuka dengan Muhyiddin sekiranya ingin beri jawapan

Menurutnya lagi, beliau juga akan bersemuka dengan Ahli Parlimen Pagoh itu sekiranya ingin memberi jawapan kerana ia dilihat lebih tertib olehnya.

“Sebagai orang politik kita mesti tertib, mesti berjumpa dengan orang beri tawaran kepada kita dan beri jawapan secara ‘gentleman’.”

Khairy Jamaluddin

KJ akui tak ramai ahli politik dapat peluang seperti dirinya tanpa lompat parti

Berkongsi lanjut, Khairy juga mengakui tidak ramai ahli politik yang mendapat peluang kedua menyertai mana-mana parti seperti dirinya tanpa melompat.

“Ramai yang melompat tapi saya tak lompat, saya dipecat. Jadi bila kita diberi peluang kedua untuk memilih parti politik, saya tidak ambil ringan keputusan ini hanya semata-mata kerana PRN dah dekat.”

Khairy Jamaluddin

Ujar Khairy lagi, bidang politik ini adalah sebahagian daripada dirinya meskipun sedang berehat dan pernah mempunyai peracangan lain.

“Contohnya saya sebelum ini merancang untuk keluar politik dan masuk bidang perniagaan, tetapi kalau setiap hari jumpa orang dan kata saya patut masuk semula politik, ia akan mengganggu fikiran saya dan buat saya ragu-ragu.

“Jadi saya tidak mahu keputusan masuk semula dalam bidang politik ini hanya kerana emosi, nak balas dendam, ‘mengajar’ sesetengah pihak,” ujar Khairy.

Video penuh di YouTube

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.