fbpx
Now Reading
Mas Kahwin Tiket Coldplay Tidak Sah, Kata Mufti Pahang

Mas Kahwin Tiket Coldplay Tidak Sah, Kata Mufti Pahang

Menurut Mufti Pahang, menjadikan tiket Coldplay sebagai mas kahwin juga bercanggah dengan hukum syarak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu majlis akad nikah di Indonesia apabila pengantin lelaki menjadikan tiket konsert Coldplay sebagai salah satu mas kahwin.

Berdasarkan video tersebut, kelihatan seorang ayah dan juga wali kepada pengantin perempuan sedang bersalaman bersama pengantin lelaki ketika majlis akad nikah.

Ketika wali membaca akad pernikahan, kedengaran jelas salah satu mas kahwin yang diberikan kepada pengantin perempuan adalah tiket Coldplay.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin Di Indonesia Jadikan Tiket Konsert Coldplay Sebagai Mas Kahwin [Video]

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi ramai di mana rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan pengantin lelaki yang sanggup menjadikan tiket Coldplay sebagai mas kahwin.

Tiket Coldplay sebagai mas kahwin dikategori tidak sah kerana tiada nilai

Bagaimanapun, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata pemberian tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin dikategorikan sebagai tidak sah kerana ia tidak mempunyai sebarang nilai.

Tidak hanya itu, Abdul Rahman berkata menjadikan tiket Coldplay sebagai mas kahwin  juga bercanggah dengan hukum syarak.

“Mas kahwin ini adalah sesuatu yang bernilai dan berharga, adakah tiket itu termasuk? Kalau di Pahang RM22.50 yang nilainya sama dengan seekor lembu.

“Ia merupakan satu pemberian suami kepada isteri. Jika gagal penuhi mas kahwin, wajib bayar semula hutang itu.

“Tiket itu mana nilainya, daripada segi syarak bercanggah. Memang individu itu memberi mas kahwin 21 gram emas, seperangkat alat solat tetapi itu sahaja yang diterima, tetapi tidak termasuk tiket Coldplay,” katanya kepada Sinar Harian.

Jika tiket Coldplay semata-mata sebagai mas kahwin maka tidak sah

Bagaimanapun, Abdul Rahman memaklumkan sesuatu perkahwinan tetap sah meskipun mas kahwin tidak disebut (ketika akad).

Jelasnya lagi, sekiranya hanya tiket Coldplay yang menjadi mas kahwin, maka ia tidak sah kerana disifatkan tiada nilai.

Pernikahan tanpa sebut mas kahwin adalah sah

Memetik laman Mufti Terengganu hukum pernnikahan tanpa menyebut mas kahwin ketika akad adalah sah kerana mas kahwin bukanlah rukun nikah yang menjadi suatu kewajipan.

Namun suami tetap wajib memberi mas kahwin tersebut selepas akad nikah.

Sebagaimana ayat 4 dalam Surah an-Nisa’:

 وَءآتُوا النِّساءَ صَدُقٰتِهِنَّ نِحلَةً ۚ فَإِن طِبنَ لَكُم عَن شَيء مِّنهُ نَفسًا فَكُلوهُ هَنيئًا مَّريئًا

Maksudnya:Dan berikanlah mas kahwin kepada perempuan yang kamu nikahi sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kami sebahagian dari mas kahwin itu dengan senang hati, maka terimalah dan nikmatilah pemberian itu dengan senang hati.”

Isteri juga berhak menghalang suami daripada menyetubuhinya selagi dia tidak memberi mas kahwin kecuali isteri membenarkan untuk tangguh dan suami bolehlah mendatangi isteri tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.