fbpx
Now Reading
Wanita Warga Asing Didenda RM50,000 Selepas Kantoi Menyamar Jadi Doktor Gigi

Wanita Warga Asing Didenda RM50,000 Selepas Kantoi Menyamar Jadi Doktor Gigi

Semasa serbuan dilakukan ke atas tertuduh, dia gagal mengemukakan Perakuan Pendaftaran sebagai doktor gigi dengan Majlis Pergigian Malaysia serta Perakuan Pengamalan Tahunan Semasa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara menyamar menjadi doktor gigi dan menawarkan khidmat pergigian haram, seorang wanita warga asing dikenakan hukuman denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam (22 Mei).

Tertuduh yang dikenali sebagai Norsyakilla Abdullah berusia 29 tahun dijatuhi hukuman berkenaan oleh hakim, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim selepas didapati bersalah menjalankan amalan pergigian tanpa berdaftar.

Tertuduh didakwa mengiku Seksyen 25, Akta 804

Dia didakwa di bawah Seksyen 25, Akta 804 atas kesalahan mengikut Seksyen 62(1) Akta Pergigian 2018 dan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 62(3) Akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara selama tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr. Musfirah Musa dan dibantu Dr Khadijah Wahab.

Tertuduh ditahan di sebuah premis ketika menjalankan rawatan pensekeleran gigi

Menurut fakta kes, tertuduh sebelum ini ditahan oleh sepasukan pegawai Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, KKM dalam satu serbuan di sebuah premis di Jalan Kecapi, Taman Perbadanan Islam, Johor Bahru pada bulan Julai 2022.

Semasa serbuan, tertuduh didapati sedang membuat rawatan penskeleran gigi (scaling) kepada seorang pelanggan lelakinya.

Gagal kemuka bukti Perakuan Pendaftaran

Tertuduh juga gagal menunjukkan bukti Perakuan Pendaftaran sebagai doktor gigi dengan Majlis Pergigian Malaysia serta Perakuan Pengamalan Tahunan Semasa.

Sehubungan itu, pihak KKM merampas beberapa dokumen dan peralatan yang digunakan untuk menjalankan rawatan pergigian.

Semakan dijalankan dengan Ibu Pejabat Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS HQ) mendapati premis milik tertuduh turut beroperasi tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586].

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.