Mahu Hapus Bukti Kehamilan, Pemuda 20 Tahun Tergamak Bunuh & Bakar Teman Wanita
Siasatan awal dilakukan mendapati suspek yang baru menamtkan pengajian dan mangsa adalah pasangan kekasih yang telah menjalinkan hubungan selama satu tahun.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Mayat seorang pelayan restoran ditemui oleh orang ramai semalam (23 Mei) sekitar jam 8:10 pagi di belukar kebun kelapa sawit ketika dalam keadaan mengerikan.
Menurut Harian Metro, wanita berusia 21 tahun itu telah dibunuh di Jalan Sungai Limau, Sabak Bernama, Selangor oleh teman lelakinya terlebih dahulu sebelum dibakar.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias memaklumkan pihak polis telah menahan seorang suspek disyaki teman lelaki kepada mangsa yang telibat dalam kes pembunuhan tersebut.
Motif Buntuh Untuk Rahsiakan Kehamilan Teman Wanita
Hasil siasatan awal mendapati motif pembunuhan wanita berkenaan adalah untuk merahsiakan kehamilan berusia empat bulan selepas mereka dipercayai melakukan hubungan seksual.
Siasatan awal dilakukan mendapati suspek dan mangsa adalah pasangan kekasih yang telah menjalinkan hubungan selama satu tahun. Supek yang berusia 20 tahun baru sahaja menamatkan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias.
Suspek juga mengakui telah memukul kekasihnya sehingga pengsan ketika mereka berdua keluar menaiki sebuah kereta milik keluarga suspek pada Isnin lalu (22 Mei).
Lebih parah lagi, suspek bertindak menikam perut mangsa menggunakan pisau untuk mengeluarkan kandungan ketika wanita tersebut pengsan selepas dipukul.
Suspek Bakar Mangsa Sehingga Dua Kali Pada Hari Berlainan Untuk Menghapuskan Bukti Pembunuhan
Suspek kemudian membakar mangsa menggunakan petrol selepas membunuh teman wanitanya.
Untuk menghapuskan bukti dia telah membunuh dan membakar teman wanitanya, suspek sekali lagi datang ke lokasi kejadian pada keesokan harinya dengan menaiki motosikal untuk membakar mayat mangsa buat kali kedua.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias.
Pihak polis telah melakukan ujian saringan air kencing terhadap suspek dan menunjukkan keputusan negatif. Suspek juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias.
Permohonan reman terhadap suspek telah dibuat hari ini (24 Mei) di Mahkamah Majistret Kuala Selangor dan direman selama enam hari sehingga 29 Mei di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mayat mangsa kini berada di Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.