fbpx
Now Reading
Wanita Ditahan Selepas Kongsi Foto Tatu Dengan Kalimah Allah Di Badan

Wanita Ditahan Selepas Kongsi Foto Tatu Dengan Kalimah Allah Di Badan

Menurut Noorsiah, PDRM turut merampas sebuah telefon bimbit dan juga sekeping kad sim ketika serbuan dilakukan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara memuat naik hantaran yang menyentuh sensitiviti di Facebook, seorang wanita ditahan selepas didapati berkongsi foto tatu di badan wanita lain yang tertera jelas dengan kalimah Allah, pada Selasa (23 Mei).

Setiusaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Noorsiah Mohd Saaduddin memaklumkan wanita berumur 46 tahun yang juga pemilik kepada akaun media sosial @Bunga Matahari itu ditahan selepas pihak polis melakukan satu serbuan di Gombak, Selangor.

“Kami turut merampas sebuah telefon bimbit berserta satu kad sim dalam serbuan itu.

“Suspek direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 26 Mei nanti untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Jangan buat hantaran yang boleh menyentuh sensitiviti

Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di bawah Seksyen 289A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak membuat hantaran atau menularkan perkara yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan institusi diraja di mana-mana platform media sosial sehingga membangkitkan perpecahan keamanan serta menggugat keharmonian kaum.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman dan keselamatan awam,” ucapnya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.