Kecewa Jam ‘Pride Collection’ Dirampas, Swatch Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Pada 13 dan 14 Mei yang lalu Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuat serbuan di beberapa cawangan butik jam tangan jenama Swatch.

Dalam serbuan itu, pihak berkuasa turut merampas barangan daripada koleksi ‘Pride Collection’ yang dikaitkan dengan komuniti LGBT.

Antara butik yang terlibat dalam serbuan itu adalah Pavillion Kuala Lumpur, 1 Utama, Sunway Pyramid, Setia City Mall, Mid Valley Megamall serta banyak lagi.

Baca artikel berkaitan: KDN Serbu & Rampas Jam Tangan Swatch Dikaitkan Dengan Geng “Pelangi”

Mahu ambil tindakan, CEO Swatch kecewa dan bimbang

Ekoran daripada rampasan tersebut, pihak Swatch Group akan mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan semula jam tangan yang telah dirampas oleh pihak KDN.

Menurut laporan Reuters, Ketua Pegawai Eksekutif Swatch Group iaitu Nick Hayek menyuarakan kekecewaan dan bimbang berhubung serbuan tersebut.

Malah dia berulang kali menegaskan jam dengan tema pelangi tersebut membawa mesej ‘keamanan dan kasih sayang’ serta tidak mengundang bahaya kepada sesiapa.

Reuters memetik laporan dari akhbar Switzerland Tages-Anzeiger menyatakan bahawa syarikat jam tangan itu akan mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan semula jam tangan berkenaan.

“Kami menentang keras bahawa koleksi jam tangan kami yang menggunakan warna pelangi dan membawa mesej keamanan dan kasih sayang boleh membahayakan sesiapa sahaja,” kata Nick Hayek.

Dalam serbuan yang dilakukan itu, sebanyak lima cawangan butik jenama jam tangan berkenaan dilepaskan dengan amaran antaranya Alor Setar, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Johor Bahru serta kucing, lapor Free Malaysia Today.

Pegawai penguat kuasa merampas jam tangan ‘Pride Collection’ yang ditampilkan dengan warna pelangi selepas terdapat pengguna mengaitkan koleksi berkenaan dengan sokongan kumpulan penyanyi Britain, Coldplay kepada kumpulan LGBT.

Adun Puteri Wangsa gesa Saifuddin beri penjelasan berhubung serbuan

Dalam pada itu Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abdul Aziz turut mengesa Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk menjelaskan pendirian Putrajaya tentang isu tersebut.

Selain itu dia turut menyuarakan kebimbangan di atas ‘kesamaran’ isu tersebut yang disifatkan sebagai ‘berbahaya’.

Adun Puteri Wangsa itu juga turut menyoal adakah kementerian berkenaan akan menyerbu setiap kedai yang menjual produk mengandungi pelangi atau perkataan ‘pride’ yang tertera pada barangan tersebut.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

17 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

17 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

17 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

18 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

19 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

20 hours ago