Pembantu Rumah Dirantai Dalam Bilik Air, Didakwa Curi Barang Kemas [VIDEO]
Wanita itu dipercayai dirantai oleh majikan kerana disyaki mencuri barang kemas.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seorang wanita warga asing yang dipercayai pembantu rumah ditemukan lesu dan dalam keadaan berantai di dalam bilik air dekat sebuah flat di Taman Tenaga, Kajang pada Ahad lalu (21 Mei).
Pekerja Kedai Runcit Dengar Jeritan
Menurut seorang penduduk Taman Tenaga, kejadian itu berlaku jam 9 malam ketika dia sedang menuju ke kedai runcit berhampiran.
Kejadian itu disedari oleh pekerja kedai runcit yang mendakwa terdengar jeritan dari tingkat dua flat berkenaan.
“Pekerja runcit itu kemudiannya memaklumkan dia terdengar jeritan seorang wanita dari arah kawasan flat berhampiran sebelum saya bergegas ke arah itu,” katanya.
Menyedari akan hal itu, dia dan pekerja kedai runcit bergegas ke arah punca jeritan wanita terbabit.
“Kami kemudiannya ke bunyi jeritan itu yang datang dari arah sebuah rumah di tingkat dua flat berkenaan,” katanya lagi.
Namun, ketika sampai di lokasi, rumah itu didapati berkunci lalu mereka bertindak menghubungi polis untuk membuat pemeriksaan.
Pembantu Rumah Dipercayai Mencuri Barang Kemas
Polis bertindak memecah pintu rumah berkenaan. Hasil penemuan mendapati seorang wanita warga asing ditemui dalam keadaan berantai dan lesu dalam bilik air dipercayai dikurung oleh majikannya.
“Dalam kes ini, kami berjaya menyelamatkan seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah yang dirantai oleh sepasang suami isteri tempatan di rumah terbabit.
Majikan terbabit dipercayai merantai pembantu rumah berkenaan kerana dia disyaki mencuri barang kemas milik mereka.
“Mangsa dirantai di dalam bilik air oleh pasangan berkenaan kerana disyaki mencuri barang kemas,” katanya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian itu. Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana melakukan kurungan yang salah.
Individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Baca Artikel Berkaitan: