fbpx
Now Reading
“Rakyat Tak Untung” – Kenaikan OPR Hanya Untungkan Bank, Kata Lim Guan Eng

“Rakyat Tak Untung” – Kenaikan OPR Hanya Untungkan Bank, Kata Lim Guan Eng

Menurut Guan Eng, tiada alasan untuk BNM menaikkan OPR pada ketika ini apabila inflasi teras sudah dapat dikawal secara perlahan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng mempersoal tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) yang menaikkan Kadar Dasar Semalam (OPR) menjadi 3.00%.

Guang Eng yang juga Pengerusi DAP berkata, tindakan itu hanya dapat menguntungkan sektor perbankan dan bukannya rakyat.

Tiada alasan untuk BNM naikkan OPR, inflasi teras sudah dapat dikawal

Tegas beliau, tiada alasan untuk BNM menaikkan OPR pada ketika ini apabila inflasi teras sudah dapat dikawal secara perlahan, malah menghentikan kenaikan OPR pada Januari dan Mac apabila kadar inflasi lebih tinggi.

“Walaupun BNM tidak menaikkan OPR pada Januari dan Mac tahun ini, kedua-dua inflasi utama dan inflasi teras turun ke paras terendah dalam tempoh 34 bulan lalu, masing-masing pada kadar 3.4% dan 3.8% pada Mac lalu.

“Kenaikan OPR ini tidak menguntungkan sesiapa kecuali keuntungan sektor perbankan. Malah, penganalisis di Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menganggarkan dalam tempoh satu tahun pendapatan hadapan, kenaikan kadar 0.25% akan melonjakkan keuntungan bersih bank itu sebanyak 3.7% atau lebih sedikit daripada RM1 bilion kepada RM30.07 bilion daripada RM28. 99 bilion yang diunjurkan sebelum ini. Adakah bank tidak memperoleh keuntungan yang mencukupi?” katanya dalam satu kenyataan, semalam (24 Mei).

Menurutnya lagi, terdapat kekeliruan mengenai kenaikan OPR sekarang untuk mengawal inflasi teras apabila inflasi teras sebenarnya menyerderhana tanpa sebarang kenaikian OPR kepada 3.9% pada suku pertama 2023 berbanding suku akhir pada 2022 sebanyak 4.2%

Kata Guan Eng, terdapat dua jeda (waktu rehat) kadar faedah tanpa kenaikan OPR oleh BNM pada Januari dan Mac 2023, walaupun inflasi teras lebih tinggi pada 4.2% pada suku akhir 2022 berbanding 3.9% pada suku pertama 2023.

Normalisasi OPR secara pramatang tidak bantu bendung penyusutan nilai ringgit

Oleh itu, Guan Eng berkata normalisasi OPR secara pramatang oleh BNM tidak membantu menghalang penyusutan nilai ringgit kepada dolar Amerika Syarikat, malah mungkin menjejaskan kos pinjaman, mengekang pengembangan perniagaan dan membantut pertumbuhan ekonomi.

Jelasnya, asas menaikkan OPR kononnya adalah untuk mengukuhkan nilai ringgit, tetapi boleh dilihat dalam tempoh tiga minggu ini nilai ringgit telah merosot daripada RM4.45 pada 3 Mei menjadi RM4.58 hari ini.

“Sehingga hari ini banyak perniagaan yang terjejas akibat kejatuhan nilai ringgit masih menunggu maklum balas BNM.

“Hujah utama Bank Negara untuk kenaikan OPR adalah keperluan untuk mengekang inflasi teras dan melaksanakan normalisasi kadar dasar semalaman berikutan pemulihan ekonomi sepenuhnya daripada pandemik COVID-19,” katanya lagi.

MPC putuskan untuk naikkan kadar OPR menjadi 3.00% telah mengejutkan ramai

Terdahulu, pada 5 Mei Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM memutuskan untuk menaikkan OPR 25 mata asas menjadi 3.00% sehingga mengejutkan ramai.

Tidak hanya itu, kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR juga dinaikkan masing-masing menjadi 3.25% dan 2.75%.

Kenaikan OPR itu adalah pertama bagi tahun ini selepas penanda aras bagi kadar pinjaman dan deposit di Malaysia itu telah dikekalkan pada Januari dan Mac lalu pada paras 2.75%.

BNM berkata, ekonomi global terus didorong oleh keadaan permintaan dalam negeri yang berdaya tahan dengan sokongan keadaan pasaran pekerja yang teguh serta pemulihan ekonomi China yang lebih kukuh daripada jangkaan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kenaikan Kadar OPR Dorong Kerajaan Urus Perbelanjaan Secara Berhemat – Rafizi

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.