Gara-Gara Dibaling Pemadam Pensel, Sekumpulan Pelajar Tingkatan 3 Di Johor Bergaduh

Dek kerana tidak berpuas hati dibaling pemadam pensel, beberapa pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menegah di Kempas, Johor Bharu telah bertindak bergaduh antara mereka, semalam (24 Mei).

Malah apa yang lebih buruk, pergaduhan yang melibatkan pelajar sekolah itu turut menyebabkan berlakunya kecederaan.

Kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati

Ketua Polis Daerah Johor Bharu Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh memaklumkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kes terbabit sekitar jam 3.45 petang, pada hari yang sama.

“Kejadian berlaku di hadapan sebuah sekolah menengah sekitar kawasan Kempas, Johor Bharu.

“Siasatan polis mendapati kejadian berlaku berpunca daripada rasa tidak puas hati salah seorang pelajar yang telah dibaling pemadam oleh rakan sekelas pada dua hari sebelumnya,” jelas Balveer Singh.

Beberapa pelajar alami kecederaan dan ditahan polis

Katanya, akibat pergaduhan tersebut beberapa pelajar terbabit telah dihantar ke Hospital Sulatanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan disebabkan mengalami kecederaan luka di bahagian kepala, lebam pada kaki serta tangan, lapor Harian Metro.

Ekoran dari kejadian tersebut, pihak polis telah bertindak menahan beberapa pelajar yang terbabit dalam kes itu.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda atau dengan kedua-duanya sekali hukuman itu, jika sabit kesalahan.

“Pihak polis menasihatkan agar masyarakat tidak mensensaikan isu ini yang boleh memberi implikasi kepada keharmonian dan siasatan masih lagi berjalan.

“Polis turut menasihati masyarakat agar bersikap rasional dalam menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi dan jangan melakukan sebarang perbuatan melulu sehingga boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya lagi.

Terdahulu, tular di media sosial foto memaparkan beberapa pelajar sekolah yang mengalami kecederaan dipercayai berada di hospital untuk dirawat.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

3 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

4 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

5 hours ago