fbpx
Now Reading
Imam Di Johor Rebah & Meninggal Dunia Ketika Main Badminton

Imam Di Johor Rebah & Meninggal Dunia Ketika Main Badminton

Difahamkan, mangsa sempat bermain badminton set pertama bersama rakannya sebelum ditemui terjatuh dalam tandas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap yang bernyawa pasti akan mati, ajal yang telah ditetapkan oleh Allah SWT boleh terjadi di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu.

Seperti yang dilaporkan baru-baru ini, seorang imam di Masjid Jamek Pasir Pelangi, Johor Bahru meninggal dunia ketika bermain badminton di Dewan Li Chi dekat Kampung Abdullah.

Difahamkan, Allahyarham yang dikenali sebagai Nur Nikman Yusof berusia 40 tahun itu rebah secara tiba-tiba sebelum disahkan meninggal dunia pada malam kelmarin (24 Mei).

Rakan sifatkan arwah seorang yang berdedikasi dan amanah

Rakan Allahyarham, Mohamad Abdullah menyifatkan arwah seorang imam ratib yang berdedikasi dalam menjalankan tugas serta seorang yang amanah.

“Lewat malam tadi, saya mendapat perkhabaran duka dan menyedihkan, rakan imam yang sama pernah berkhidmat di Masjid Bandar Labis, Ustaz Nur Nikman meninggal dunia.

“Dia rebah selepas bermain badminton dan tidak berjaya dipulihkan serta disahkan meninggal dunia,” katanya dipetik Berita Harian.

Allahyarham aktif jadikan Masjid Bandar Labis pusat aktiviti pengajian Islam dan al-Quran

Menurutnya, Allahyarham yang juga bekas Imam Masjid Bandar Labis itu turut aktif menjadikan masjid terbabit sebagai pusat aktiviti pengajian Islam dan al-Quran.

Allahyarham semasa di Masjid Bandar Labis mengajar para jemaah membaca al-Quran, tajwid dan juga taranum.

“Sepanjang saya bersamanya, arwah adalah seorang imam ratib yang sangat dedikasi dalam menjalankan tugas serta amanahnya, disenangi masyarakat setempat dan kehidupannya banyak dihabiskan dengan al-Quran.

“Difahamkan, arwah pulang ke kediaman isterinya dekat Felda Tenang di sini, sebelum meluangkan masa untuk bermain badminton,” katanya lagi.

Mangsa ditemui terjatuh dalam tandas selepas bermain badminton set pertama

Menurut maklumat saksi, Ahmad Zamry berkata mangsa sempat bermain badminton set pertama bersama rakannya sebelum ditemui terjatuh dalam tandas.

“Rakan mangsa dikatakan mendengar bunyi jatuh yang kuat dari tandas dan arwah ditemui luka di dahi dipercayai rebah serta tidak sedarkan diri.

“Seorang pemain yang berada di lokasi kemudiannya menghubungi Paramedik Hospital Daerah Segamat (HDS)

“Pemeriksaan petugas perubatan yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Jenazah Allahyarham Nur Nikman dibawa pulang ke kampungnya di Pokok Sena, Kedah selepas selesai solat jenazah yang dihadiri kira-kira 200 kenalan dan ahli keluarga.

Polis menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 11.15 malam

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah mengesahkan pihaknya ada menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 11.15 malam dan sebaik tiba di lokasi, mangsa didapati lengkap berpakaian sukan sedang terbaring di lantai.

Kata Ahmad Zamry, pemeriksaan pada badan mangsa tidak menemui sebarang kesan unsur jenayah dan mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.