fbpx
Now Reading
Warga Asing Tunjuk Jari Tengah Selepas Ditegur Letak Longgokan Besi Buruk Di Jalan Ditahan Polis

Warga Asing Tunjuk Jari Tengah Selepas Ditegur Letak Longgokan Besi Buruk Di Jalan Ditahan Polis

Siasatan polis mendapati insiden membabitkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) itu berlaku di Lorong 6, Jalan Susur Kulai 1, Kulai Besar, Kulai pada 24 Mei.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial satu video yang memaparkan tindakan biadap seorang lelaki dipercayai warga asing yang menunjuk isyarat lucah kepada seorang rakyat tempatan gara-gara tidak berpuas hati ditegur kerana meletakkan longgokan besi buruk di tengah jalan.

Perbuatan warga asing berkenaan yang berlaku di Kulai, Johor bukan sahaja disifatkan biadap dan kurang ajar, malah menganggu ketenteraman awam hingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Video berkenaan yang dimuat naik di Facebook kemudiannya tular dan sohor di aplikasi media sosial lain seperti Twitter.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Warga Asing Biadap Tunjuk Jari Tengah Bila Ditegur Letak Tong Roro Penuh Besi Buruk Di Tengah Jalan [Video]

Terbaharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan pihaknya sudah pun menahan lelaki terbabit yang juga Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) pada Sabtu, 27 Mei pagi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Supt Tok Beng Yeow dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengesan video berkenaan di Twitter dimuat naik akaun MyNewsHub hingga mendapat perhatian umum.

Siasatan polis kemudian mendapati insiden berlaku di Lorong 6, Jalan Susur Kulai 1, Kulai Besar, Kulai.

“Dalam video berkenaan, suspek seorang lelaki warga asing telah menunjukkan jari tengah kepada salah seorang penduduk tempatan kerana marah apabila ditegur meletakkan longgokan besi buruk di atas jalanraya.

“Bertindak atas maklumat, pada 27/05/2023 jam sekitar 11.30 pagi, anggota Team Lejang Balai Polis kulai telah membuat tangkapan keatas suspek, seorang lelaki warga Rohingya berumur 23 tahun di sebuah rumah alamat Lorong 6, Kulai Besar, Kulai.

“Suspek mengaku individu di dalam video viral berkenaan dan perkara berkenaan berlaku pada tiga hari yang lalu (24 Mei) sebelum video berkenaan tular di media sosial,” kata Beng Yeow dalam satu kenyataaan.

Suspek akan direman esok (Ahad)

Jelas beliau lagi, suspek akan direman pada keesokan hari untuk siasatan lanjut pihak polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.