Malaysia Tersilap Langkah Dalam Pemberian Subsidi – Ahmad Maslan
Subsidi yang sepatutnya diberikan kepada golongan yang memerlukan seperti B40 turut dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tiada lagi pemberian subsidi elektrik dan haji bagi golongan yang berpendapatan tinggi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN-Larut) berhubung dasar-dasar baharu dan drastik yang telah dilaksanakan ketika melonjakkan ekonomi negara dengan mengambil kira risiko penguncupan ekonomi dunia.
Baca Artikel Berkaitan: Tiada Lagi Subsidi Elektrik Untuk Rumah Orang Kaya, Kata PM Anwar Ibrahim
Menurut beliau, satu sistem penyelarasan data yang dikenali sebagai Pangkalan Data Utama (PADU) dijangka akan siap pada hujung tahun ini akan digunakan bagi membantu menyelaras penilaian agihan subsidi kepada golongan yang layak.
Malaysia Tersilap Langkah Dalam Pemberian Subsidi
Menyokong kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Malaysia disifatkan sebagai negara yang tersilap langkah dalam pemberian subsidi kepada rakyat.
Ujarnya, subsidi yang sepatutnya diberikan kepada golongan yang memerlukan turut dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi.
Ini adalah satu perkara yang tidak adil di mana golongan kaya T20 dapat menikmati subsidi yang lebih banyak berbanding rakyat miskin.
“Selama ini mereka yang memiliki lebih banyak penyaman udara dan kereta di rumah menikmati banyak subsidi sedangkan golongan miskin tiada penyaman udara serta memiliki motosikal kecil hanya terima sedikit,” katanya.
Menurutnya lagi, kesilapan ini sedang diperbetulkan oleh Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan PMX.
“Sebagai kerajaan bertanggungjawab maka kesilapan dasar ini perlu diperbetulkan,” katanya.
Pelaksanaan Subsidi Bersasar Secara Berperingkat
Menurut beliau, pelaksanaan subsidi bersasar ini akan dilaksanakan secara berperingkat agar golongan T20 tidak menerima kesan kejutan.
“Semalam (25 Mei), jawapan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad di Dewan Rakyat bahawa penjimatan subsidi elektrik yang dilakukan secara bersasar dari 1 Januari hingga Jun adalah RM5.6 bilion, dengan sebanyak itu bermacam perkara kita boleh laksanakan untuk rakyat,” ujarnya.
“Itu baharu elektrik, belum lagi RON 95, RON 95 kita akan mulakan tahun depan sebab kita hendak buat peringkat demi peringkat kerana tidak mahu T20 ini terkejut dengan segala yang ditarik sana sini,” ujarnya lagi.
Baca Artikel Berkaitan: