Pengurusan Kelantan FC Didakwa Teruk, Gaji Lambat Sehingga Ada Pemain TRW Gaduh Dengan Isteri
Menurut pemain itu, dia ada menghubungi pemilik TRW, Norizam Tukiman namun hanya dimarahi selain diminta supaya memohon penamatan kontrak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Isu pengurusan Kelantan FC kembali menjadi bualan hangat apabila baru-baru ini tular pendedahan penjaga gol The Red Warriors (TRW), Farhan Abu Bakar yang mendakwa tidak menerima bayaran gaji penuh daripada kelab.
Farhan berkongsi di ‘IG Story’ tangkap layar perbualan menerusi aplikasi WhatsApp bersama salah seorang pihak pengurusan TRW menerusi akaun Instagram miliknya.
Gaji kasar RM5500 tapi dibayar cuma RM2426
Menerusi tangkap layar tersebut, Farhan memerlukan RM4000 bagi mengambil semula keretanya yang ditarik pihak bank susulan gaji yang diterima hanyalah RM2426 berbanding gaji kasar RM5500.
Bagaimanapun, dia sebaliknya diminta oleh pihak pengurusan untuk memohon duit pendahuluan ‘advance’.
Selain Farhan, seorang lagi pemain TRW yang enggan mendedahkan namanya turut berhadapan dengan situasi yang sama.
Pemain Kelantan akui sering gaduh dengan isteri sebab hal gaji
Lebih memburukkan keadaan, apabila pemain terbabit mengakui sering bergaduh dengan isterinya ekoran isu berkenaan.
“Kalau gaji ‘OK’ masuk setiap bulan, saya takkan ada hal peribadi termasuk bergaduh dengan isteri,” katanya yang dipetik Harian Metro.
Norizam Tukiman hanya marah dan minta pemain mohon tamatkan kontrak
Menurutnya, dia ada menghubungi pemilik TRW, Norizam Tukiman namun hanya dimarahi selain diminta supaya memohon penamatan kontrak.
“Dalam kontrak saya gaji RM1,000 ke…saya nak Raya (Hari Raya Aidilfitri). Saya dah bergaduh dengan isteri saya.
“Kalau gaji masuk setiap bulan, isteri saya takkan bising-bising tapi disebabkan tak ada, isteri saya bising,” kata pemain itu kepada Norizam, lapor Harian Metro.
Hal rumah tangga bukan urusan kelab TRW
Pun begitu, Norizam membalas dengan menyatakan hal rumah tangga pemain terbabit bukanlah urusan kelab TRW.
“Itu hal ko (engkau)…ko punya peribadi ko jangan masukkan dalam kelab,” kata Norizam.
Selain itu, pemain terbabit turut mendakwa Norizam meminta dia untuk memohon penamatan kontrak secara sebelah pihak bagi mengelak kelab itu membayar pampasan baki kontrak kepadanya.
“Hari itu bos (Norizam) cakap lain, bos setuju untuk tamatkan kontrak secara bersama. Tapi nak suruh saya pula yang memohon.
“Jangan cakap pusing-pusing. Saya nak surat penamatan secara bersama,” katanya lagi.
Gaji pemain TRW sering dibayar lewat dan dibayar separuh
Difahamkan, gaji pemain TRW sering didakwa lewat dan kadang-kala hanya dibayar secara separuh daripada gaji penuh.
Hal tersebut semestinya akan menyusahkan para pemain untuk meneruskan kelangsungan hidup terutamanya yang mempunyai keluarga serta terikat dengan komitmen bulanan.
Isu gaji buat pengurusan Kelantan FC teruk dikecam
Semakan kami di laman TRW Kelantan FC mendapati ruangan komen dihujani kecaman dari netizen dan peminat bola sepak ekoran dari isu gaji yang berbangkit.
Berikut antara komen diberikan netizen: