fbpx
Now Reading
Provokasi ‘Jelir Lidah’ Atlet Muay Thai Thailand Makan Diri Apabila KO Di Tangan Johan Ghazali [Video]

Provokasi ‘Jelir Lidah’ Atlet Muay Thai Thailand Makan Diri Apabila KO Di Tangan Johan Ghazali [Video]

Johan Ghazali atau nama samarannya Jojo dilihat tenang dengan provokasi lawan yang menjelir lidah berkali-kali apabila memperoleh kemenangan dengan pukulan knockout.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama atlet Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali semakin dikenali ramai apabila kejayaan demi kejayaan yang dikecapinya sepanjang berkecimpung dalam arena Muay Thai.

Terkini, Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo itu sekali lagi menjadi bualan ramai apabila kali ini dia menumbangkan pemain lawan dalam siri One Championship ‘One Friday Fights 18’ pada Jumaat lalu (26 Mei).

Jojo terima provokasi melampau dari Atlet Muay Thai Thailand

Difahamkan, semasa perlawanan Jojo menerima provokasi melampau daripada atlet Muay Thai dari Thailand yang dikenali sebagai Tai itu.

Pun begitu, anak jati Sarawak yang berusia 16 tahun itu tidak ‘goyang’ dengan provokasi lawan sekaligus berjaya mengalahkan pihak lawan dengan pukulan ‘knockout’ (KO) di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok, Thailand.

Jojo balas provokasi lawan jelir lidah dengan pukulan KO

Menerusi hantaran video di laman Facebook One Championship, Jojo yang mewakili kelab Muay Thai Rentap dilihat tenang menghadapi provokasi lawan yang menjelir lidah berkali-kali kepadanya sebelum membalas dengan tumbukan untuk memperoleh kemenangan.

“Jujurnya, saya lebih suka pertarungan sebegini.

“Saya tak suka 16 saat (pertarungan sebelum ini)… saya mahu saingan yang hebat daripada lawan.

“Saya kuat kerana ada sokongan daripada ibu di stadium, bapa saya yang menonton di rumah selain rakan-rakan yang datang dari Malaysia, jadi tak adil kalau saya tidak berikan 100% dalam pertarungan ini.

“Sasaran saya seterusnya untuk mendapatkan kontrak, saya rasa tali pinggang One Championship ini ditakdirkan buat saya. Saya adalah masa depan,” katanya dalam satu rakaman yang dipetik Berita Harian.

Jojo pernah tumpaskan lawan dengan pukulan KO hanya 16 saat

Terdahulu, Jojo tular apabila berjaya menumbangkan lawannya dengan pukulan KO hanya dalam masa 16 saat sewaktu penampilan sulungnya di kejohanan yang sama pada bulan Februari lalu.

Jojo menewaskan Padetsuk Fairtex yang berusia 18 tahun dalam kategori flyweight One Championship.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.