“Jadi Salah Siapa?” – Isu Tren Bertembung, Netizen Persoal Selepas Prasarana & Rapid Rail Nafi Cuai
Prasarana dan Rapid Rail mengakui kemalangan itu berlaku, namun mereka menyatakan dakwaan kecuaian oleh plaintif perlu dibuktikan dengan ‘bukti kukuh’.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada dua tahun yang lalu, negara mencatat satu sejarah hitam apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) bertembung di antara satu sama lain menyebabkan beratus penumpang alami kecederaan.
Kemalangan pada 24 Mei 2021 itu berlaku kira-kira 8.45 malam di laluan Kelana Jaya di dalam terowong bawah tanah antara Stesen LRT KLCC dan Stesen LRT Kampung Baru.
Apabila, saya masuk untuk bekerja pada pukul 10 malam di Jabatan Kecemasan & Trauma HKL, saya dikejutkan dengan berita bahawa terdapat insiden dua gerabak transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya bertembung di terowong berhampiran KLCC. pic.twitter.com/pfvpEbJOF3
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) May 25, 2021
Insiden terbabit disifatkan sebagai sesuatu yang buruk dan di luar jangkaan kerana tiada siapa menyangka pengangkutan awam LRT yang sepatutnya dianggap selamat mampu berlaku sedemikian.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Insiden LRT : 47 Parah & 166 Cedera Ringan, MOT Tubuhkan Pasukan Khas Siasat Insiden
Prasarana dan Rapid Rail nafi kecuaian mereka
Terkini, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) dan Rapid Rail Bhd (Rapid Rail) pula menafikan tuduhan kecuaian berhubung kemalangan tersebut.
Menurut The Vibes, syarikat berkenaan berkata demikian dalam pernyataan pembelaan, membalas saman difailkan lapan penumpang yang mendakwa kecederaan dialami mereka dalam kemalangan itu berpunca dari kecuaian.
Akui kemalangan berlaku, tapi mahu bukti kukuh dari plaintif jika kecuaian mereka
Walaupun kedua-dua syarikat mengakui kemalangan itu berlaku, tetapi mereka menyatakan dakwaan kecuaian oleh pihak plaintif perlu dibuktikan dengan ‘bukti kukuh’.
Plaintif terbabit ialah Tengku Amalie Tengku Alauddin Shah, 47; Marvena Jitol, 28; Riezariel Haeqal, 23; Rozita Che Rus, 28; Ng Siow Nee, 36; Siti Nuraliah Hashim, 26; Nurul Athirah K Jabayee, 36; dan Firdaus Saleh, 35.
Prasarana dan Rapid Rail dakwa kecederaan dialami plaintif sebab kecuaian sendiri
Sebaliknya, Prasarana dan Rapid Rail mendakwa kecederaan yang dialami oleh lapan penumpang (plaintif) adalah disebabkan oleh kecuaian diri sendiri pada waktu tersebut.
“Kegagalan untuk berdiri atau duduk di tempat ditetapkan untuk penumpang, gagal memegang tali paut yang disediakan oleh defendan, dengan kecuaian dan/atau sengaja menyebabkan dan/atau membenarkan diri mereka mengalami kecederaan yang mereka dakwa,” kata syarikat berkenaan yang dipetik FMT.
Prasarana dan Rapid Rail turut memohon mahkamah menolak tuntutan daripada kesemua plaintif itu.
Plaintif akan sediakan laporan perubatan untuk menyokong dakwaan mereka
Sementara itu dalam satu kenyataan balas, kesemua plaintif terbabit berkata akan menyediakan laporan perubatan untuk menyokong dakwaan bahawa kecederaan yang dialami disebabkan kecuaian Prasarana dan Rapid Rail.
Mereka turut menolak dakwaan kecuaian diri sendiri sehingga menyebabkan kecederaan dengan menyatakan kedua-dua syarikat berkenaan bertanggungjawab terhadap keselamatan penumpang.
“Plaintif menolak butiran kecuaian yang dikemukakan oleh defendan kerana kemalangan berlaku semasa waktu puncak, dan adalah tanggungjawab defendan untuk memastikan keselamatan plaintif,” kata mereka (plantif).
Dalam saman yang difailkan pada bulan Mac lalu, kesemua plantif menyatakan fizikal dan mental mereka berada dalam keadaan sihat sebelum kejadian berlaku.
Mereka turut mendakwa mengalami kecederaan fizikal selain kerugian lain akibat kemalangan terbabit.
Plaintif tuntut lebih RM860,000 sebagai ganti rugi
Mereka menuntut lebih RM860,000 sebagai ganti rugi khas, umum dan teladan, serta faedah 5%, kos dan bantuan lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.
Laporan tersebut yang dikongsikan oleh FMT di laman Twitter, ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Tinjauan kami mendapati ramai pengguna media sosial bingung akan siapa yang harus dipersalahkan sekiranya kedua-dua syarikat terbabit menafikan kecuaian mereka.
Malah ada yang merasakan, penyataan pembelaan kedua-dua syarikat tidak masuk akal memandangkan insiden berlaku ketika waktu puncak ‘peak hour’.
So salah siapa? https://t.co/mGKAJq6ipC
— potteh_23 🇲🇾🇩🇪 ✊🏽🌱flood mitigation and PT (@23Potteh) May 29, 2023
Wow salah penumpang??? https://t.co/UmB9BPdZyt
— AzzueAnnaRoslan (@AzzueRoslan) May 29, 2023
Sekarang nak salahkan Prasarana, Rapid Rail atau penumpang? https://t.co/aBGQOTWCoi
— Haddasana (@thefnma132) May 29, 2023
interesting case sebenarnya –
— capik (@syfqanwar) May 29, 2023
Prasarana, Rapid Rail salahkan penumpang tak duduk/pegang tali paut dengan baik masa kemalangan
salahkan kecederaan atas kecuaian
mangsa pula nafi & tuntut ganti rugi atas alasan waktu puncak & kedua-dua pihak t/jawab atas keselamatan penumpang https://t.co/CvNfGfHSiW
Terdahulu, pada 8.45 malam 24 Mei 2021, negara dikejutkan dengan satu kemalangan melibatkan dua gerabak LRT yang bertembung sehingga menyebabkan seramai 47 penumpang mengalami kecederaan parah manakala 166 lagi cedera ringan.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Hangat Isu Nahas LRT Kelana Jaya, Peguam Ini Kongsikan Hak-Hak Penumpang Terlibat & Perjelaskan Isu Bantuan RM1,000
BACA ARTIKEL BERKAITAN: