fbpx
Now Reading
Kenyataan Sanusi, Pulau Pinang Milik Kedah Bukan Sekadar Menghasut Tapi Daif Dari Segi Ilmu – Ahmad Zahid

Kenyataan Sanusi, Pulau Pinang Milik Kedah Bukan Sekadar Menghasut Tapi Daif Dari Segi Ilmu – Ahmad Zahid

Menurut Ahmad Zahid yang juga TPM, kenyataan Sanusi menunjukkan beliau seorang yang daif dari segi ilmu pengetahuan tentang sejarah selain tidak memahami Perlembagaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, kecoh mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik kedah.

Hal ini kerana, Sanusi berpendapat bahawa kedua-dua negeri jiran itu tidak mempunyai sempadan.

Kenyataan itu bukan sahaja menimbulkan pelbagai pandangan masyarakat, bahkan ahli-ahli politik kerajaan juga tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Sanusi itu.

Ahmad Zahid sifatkan kenyatan Sanusi sebagai menghasut dan daif ilmu

Terkini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga menyifatkan kenyataan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Kedah itu sebagai menghasut.

Menurutnya, kenyataan itu juga menunjukkan Sanusi sebagai daif dari segi ilmu pengetahuan tentang sejarah selain tidak memahami Perlembagaan.

“Hanya orang yang tidak buta sejarah sahaja tidak membangkitkan perkara ini. Saya fikir ini bukan sekadar menghasut, tetapi juga daif dari segi ilmu sejarah,” kata Zahid dipetik Sinar Harian.

Sanusi sepatutnya faham Perlembagaan dan perundangan di sebalik perjanjian

Berkongsi lanjut, Ahmad Zahid berkata sebagai seorang pemimpin, Sanusi sepatutnya faham mengenai Perlembagaan dan perundangan di sebalik perjanjian antara Pulau Pinang dan Kedah.

Jelasnya, terdapat perkara yang sudah ditandatangani dan ia termaktub dalam perjanjian pemerintahan kedua-dua negeri ketika di era kolonialisme.

“Biarpun kita menolak (perjanjian) kolonialisme itu, namun perjanjian itu diterjemahkan dalam Suruhanjaya Cobbold bagi pembentukan sebuah (Persekutuan) Tanah Melayu,” katanya lagi.

Selain itu, Ahmad Zahid turut berharap agar Sanusi memahami serta mengetahui mengenai Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu, dalam membuat kenyataan tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.