fbpx
Now Reading
Sanusi Dakwa Pulau Pinang Milik Kedah Namun Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 Kata Sebaliknya – Ramkarpal Singh

Sanusi Dakwa Pulau Pinang Milik Kedah Namun Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 Kata Sebaliknya – Ramkarpal Singh

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 jelas menyatakan Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada Tanah Melayu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhamad Sanusi mendakwa Pulau Pinang merupakan hak milik negeri Kedah kerana tiada sempadan di antara kedua-dua negeri itu.

Beliau mendakwa sempadan negeri Kedah hanya wujud antara Negeri Perak dan Perlis.

Dakwaan Disangkal, Pulau Pinang Negeri Berdaulat

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Ramkarpal Singh bagaimanapun menyangkal dakwaan Sanusi dan menyatakan ia adalah satu kenyataan tidak berasas.

Menurut beliau, Pulau Pinang merupakan negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia dan kedudukan sebagai sebuah negeri tidak perlu dipertikaikan lagi.

Malah, status Pulau Pinang sebagai sebuah negeri telah pun termaktub sejak zaman penjajahan British di mana Pulau Pinang diiktiraf sebagai antara negeri di bawah gabungan Negeri-Negeri Selat.

Menurut beliau lagi, terdapat beberapa perjanjian yang jelas turut menganggap Pulau Pinang sebagai sebuah negeri.

“Susulan ini, beberapa perjanjian yang ditandatangani antara negeri Kedah dan pihak British telahpun dengan jelasnya mengiktiraf Pulau Pinang dan Seberang Perai (di tanah besar Pulau Pinang) sebagai sebuah negeri yang berdaulat,” ujarnya.

Perjanjian tersebut termasuk perjanjian yang telah ditandatangani antaranya Perjanjian Kerajaan Britain dan Negeri Kedah pada 1923, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Perlembagaan Persekutuan 1957 Iktiraf Pulau Pinang Sebagai Sebuah Negeri

Tambah Ramkarpal, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 jelas menyatakan Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada Tanah Melayu dan merupakan negeri yang berasingan daripada Kedah.

Tegas Ramkarpal, pembentukan negara berdasarkan Perlembagaan Persekutuan 1957 jelas menyatakan dengan terperinci bahawa Pulau Pinang merupakan salah satu negeri di bawah Persekutuan Tanah Melayu di dalam Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan.

Ujar beliau lagi, Perkara 71(1) Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan turut menyatakan setiap negeri termasuk Pulau Pinang mempunyai Perlembagaan Negeri masing-masing terutamanya berkaitan cara pengendalian Kerajaan Negeri.

“Selanjutnya, terdapat juga peruntukan lain dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang berdaulat dan perlu diberikan perhatian sejak pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian Persekutuan Malaysia,” katanya.

Ramkarpal turut mengingatkan agar semua pihak menghormati Perlembagaan Malaysia kerana ia merupakan undang-undang tertinggi negara.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.