fbpx
Now Reading
Ibu Gagal Bayar Pinjaman RM100,000 Punca Kereta Anak Dirampas 3 Lelaki [Video]

Ibu Gagal Bayar Pinjaman RM100,000 Punca Kereta Anak Dirampas 3 Lelaki [Video]

Pihak polis yang terkesan dengan penularan video terbabit telah berjaya menahan tiga lelaki warga tempatan yang berusia lingkungan 27 hingga 49 tahun semalam (1 Jun).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman yang memaparkan tindakan tiga individu yang merampas kenderaan seorang lelaki di hadapan lampu isyarat sebuah kawasan jalan.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.45 pagi di lampu isyarat Jalan Bagan Lalang, Pulau Pinang melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Axia.

Ketiga-tiga suspek berjaya ditahan polis

Susulan itu, pihak polis yang terkesan dengan penularan video terbabit telah berjaya menahan tiga lelaki warga tempatan yang berusia lingkungan 27 hingga 49 tahun semalam (1 Jun).

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie, ketiga-tiga suspek ditahan di tiga lokasi berbeza iaitu di Kuala Kangsar, Perak dan Seberang Jaya serta di Butterworth.

Ibu mangsa pinjam RM100,000, setuju jadikan kereta anak sebagai cagaran

Kata Mohd. Asri, hasil siasatan pihak polis mendapati ibu mangsa yang berusia 57 tahun telah membuat pinjaman wang berjumlah RM100,000 daripada seorang lelaki pada tahun 2020.

“Melalui perjanjian bertulis, ibu mangsa bersetuju untuk menyerahkan kereta berkenaan sekiranya gagal membayar pinjaman terbabit.

“Memandangkan ibu mangsa gagal membayar pinjaman itu, lelaki (pemiutang) terbabit mengupah tiga lelaki untuk merampas kereta mangsa,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Jelasnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan tanpa senjata, jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

“Kita juga masih dalam usaha mengesan suspek yang masih bebas dalam kes ini,” katanya lagi.

Tular di media sosial rakaman tiga individu rampas dan larikan kenderaan

Terdahulu, rakaman menerusi seorang penunggangg motosikal yang memaparkan tindakan tiga lelaki merampas kenderaan milik seorang individu telah tular di media sosial.

Setelah pemandu terbabit diusir keluar daripada kenderaannya, mangsa cuba meminta bantuan daripada penunggang motosikal terbabit.

Bagaimanapun, salah seorang suspek yang memandu kereta terbabit bertindak melarikan diri sebelum hampir melanggar seorang penunggang basikal.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.