fbpx
Now Reading
‘Ringgit Jatuh Bukan Salah Saya’, Anwar Tolak Dakwaan Ahli Parlimen Bachok

‘Ringgit Jatuh Bukan Salah Saya’, Anwar Tolak Dakwaan Ahli Parlimen Bachok

Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat itu mendakwa kejatuhan nilai mata wang ringgit adalah disebabkan ketiadaan Menteri Kewangan sepenuh masa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyusutan nilai mata wang tempatan berbanding mata wang lain menjadi RM4.60/dolar AS jelas mengundang reaksi pelbagai pihak.

Ini kerana, penurunan ini sememangnya memberi impak kepada ekonomi negara dan turut terpalit kepada semua individu sebagai pengguna.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman berpendapat antara faktor kejatuhan nilai wang ringgit adalah disebabkan ketiadaan Menteri Kewangan sepenuhnya.

Menurut beliau, walaupun Perdana Menteri memegang portfolio sebagai Menteri Kewangan, beliau berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim sukar untuk memberikan fokus di Kementerian Kewangan kerana beban tugas yang ditanggung sebagai Perdana Menteri.

Ringgit Jatuh Bukan Salah Saya, Anwar Minta Syahir Baca Laporan Kewangan

Menyangkal dakwaan yang dibuat oleh Mohd Syahir, Anwar berkata kejatuhan nilai mata wang ringgit bukan kerana faktor tiada Menteri Kewangan sepenuh masa.

Kejatuhan ini disebabkan pelbagai faktor yang mempengaruhi nilai mata wang tempatan antaranya seperti kekangan antarabangsa.

Beliau meminta Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat itu membaca laporan ekonomi bagi mengetahui punca sebenar kejatuhan nilai mata wang ringgit.

“Suruh orang yang cadang itu, baca laporan ekonomi dan kewangan bukannya laporan PAS,” katanya.

Terdahulu, Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi satu kenyataan menyatakan kejatuhan wang ringgit dipengaruhi oleh keadaan ekonomi global antaranya seperti isu siling hutang di Amerika Syarikat (AS) dan tekanan dalam kedua-dua sektor perbankan di pasaran AS dan Eropah.

Malah BNM juga mengingatkan bahawa prestasi ringgit berbanding dolar AS atau mana-mana mata wang tidak menunjukkan prestasi ekonomi Malaysia. Ekonomi Malaysia dijangka akan terus berkembang 4% hingga 5% pada tahun ini.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.