fbpx
Now Reading
Lelaki Kelar Diri Sendiri Guna Serpihan Kaca Lepas Isteri Tegur Beli Hadiah Jam Mahal

Lelaki Kelar Diri Sendiri Guna Serpihan Kaca Lepas Isteri Tegur Beli Hadiah Jam Mahal

Kejadian yang berlaku di Damansara, Selangor itu dipercayai berpunca apabila lelaki berkenaan membeli hadiah seutas jam tangan yang mahal untuk dihadiahkan kepada isterinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kalau dah kerana sayang, seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja demi membahagiakan orang yang dicintainya.

Meskipun kekurangan wang dan harta benda, seseorang itu pasti akan tetap berusaha untuk memastikan orang yang disayangi gembira melalui pemberian hadiah tanpa mengira nilai barang tersebut.

Lelaki Kelar Tangan & Leher, Isteri Tegur Jangan Beli Hadiah Mahal

Begitu juga yang dilakukan oleh seorang lelaki di Selangor apabila sanggup berbelanja besar demi isteri tersayang.

Namun, siapa sangka, hanya kerana ditegur oleh isterinya kerana membazir duit dengan membeli barangan berkenaan, lelaki berkenaan bertindak mengelar tangan dan leher sendiri menggunakan kaca.

Isteri Tegur Jangan Membazir Beli Jam Mahal

Kejadian yang berlaku di Damansara, Selangor itu dipercayai berpunca apabila lelaki berkenaan membeli hadiah seutas jam tangan yang mahal untuk dihadiahkan kepada isterinya.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, beliau mengesahkan menerima maklumat berhubung kejadian itu.

Ujar beliau, berlaku pertengkaran di antara lelaki dan isterinya pada hari Ahad (4 Jun) jam 7 malam selepas isterinya menegur agar tidak berbelanja lebih bagi membeli barang yang mahal.

“Isteri menyatakan mangsa membelikan hadiah jam tangan dan isteri menegurnya tidak berbelanja lebih,” katanya.

Marah dan kecewa dengan respon yang diberikan, lelaki berkenaan bertindak memecahkan balang kaca dan mengambil serpihan kaca sebelum mengelar pergelangan tangan kiri dan leher.

Tindakan lelaki terbabit menyebabkan berlaku pendarahan yang banyak pada tangan dan leher lelaki itu.

“Mangsa keluar dari hospital semalam dan menerima jahitan di pergelangan tangan kiri dan di leher,” ujar beliau lagi.

Hussein turut memaklumkan, lelaki berkenaan sememangnya mempunyai masalah kesihatan dan pernah mengugut untuk mencederakan dirinya sendiri.

Tambah beliau lagi, kes ini disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan. Namun, tiada tangkapan yang dibuat sehingga kini.

Talian Bantuan

Sekadar info bersama, sekiranya anda atau sesiapa sahaja yang anda kenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, hubungi nombor-nombor di bawah yang mungkin dapat membantu masalah tersebut:

Malaysian Mental Health Association (MMHA)
+6032780 6803
E-mail: admin@mmha.org.my
Laman web: https://mmha.org.my/

BEFRIENDERS
KL: +6 03 7956 8145 (24 jam),
Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm)
Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight)
E-Mail: sam@befrienders.org.my
Laman web: https://www.befrienders.org.my/

All Women’s Action Society (AWAM) @Telenita
+6 03 7877 0224
E-Mail: awam@awam.org.my
Laman web: https://www.awam.org.my

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.