“PRN UMNO Bungkus” – KJ & Hishammuddin Ramal UMNO Akan Kalah Teruk
Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar turut dilihat meninggalkan komen sinis menjelaskan rasa lega beliau kerana sudah dipecat “UMDAP”.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah memuat naik gambar di Instagram yang menyelar kenyataan sindiran dikeluarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Menerusi gambar yang dikongsikan, kedua pemimpin itu seolah-olah menyindir bekas ahli UMNO yang telah dipecat serta digantung untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 jika mereka merinduinya.
Lebih rindu parti UMNO yang dulu
Jelas Hishammuddin dia menyifatkan orang ramai lebih merindui parti UMNO yang asal serta tidak perlu untuk pemimpin berkenaan membuat pelawaan ahli yang dibuang ke Perhimpunan Agung UMNO dengan cara sindiran serta sengaja berseloroh.
Dia berpandangan sindiran tersebut menunjukkan mentaliti dan juga pemikiran semasa kepimpinan parti tersebut.
“Tidak membantu langsung usaha memulihkan kedudukan parti dalam memenang hati ahli-ahli di akar umbi.
“Yang dibuang tidak rugi kerana parti telah pun menetapkan hukuman, tidak memerlukan khidmat kami lagi. Yang rugi ialah UMNO yang terkesan dari pelawaan sinikal sedemikian,” tulisnya.
Ramal UMNO akan kalah pada PRN
Hantaran itu kemudian mendapat perhatian ramai termasuklah bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) yang menjangkakan parti itu akan kalah pada Pilihanraya Negeri (PRN) yang bakal diadakan nanti.
“PRN UMNO bungkus,” tulis KJ ringkas pada ruangan komen.
Hishammuddin kemudian membalas komen tersebut dan menyatakan “itu adalah kekalahan mereka dan kita perlu terus berjalan ke depan”.
Rasa lega bila dipecat UMDAP – Noh Imar
Sebelum ini, parti itu telah memecat dan mengantung beberapa ahli antaranya adalah KJ, Tan Sri Noh Omar, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, dan Tan Sri Annuar Musa.
Manakala bagi ahli yang digantung pula adalah Hishammuddin Hussein dan juga bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan.
Baca artikel berkaitan: UMNO Pecat KJ, Gantung Hishammuddin & Shahril Hamdan 6 Tahun
Dalam pada itu, bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar turut dilihat meninggalkan komen sinis menjelaskan rasa lega beliau kerana sudah dipecat UMNO.
Beliau turut mencuri tumpuan apabila menggunakan perkataan UMDAP dipercayai merujuk kepada kerajaan perpaduan yang turut dianggotai UMNO dan DAP.
“Rasa lega bula dipecat dari UMDAP. Kita rindu UMNO yang menjadi payung orang Melayu,” tulis Noh Omar.