“Belia Dibenarkan Mengundi, Kenapa Tak Biarkan Mereka Putuskan Sendiri Soal Merokok?” – MP Sungai Buloh
Pada masa sama, Ramanan turut menekankan tentang kerugian cukai kerajaan hasil daripada penjualan rokok ini jika dasar tersebut dilaksanakan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan menzahirkan tidak setuju terhadap cadangan dasar ‘Generational End Game’ (GEG) yang pernah dikemukakan oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Selain itu, beliau turut mempersoalkan mengapa kerajaan memberi hak kepada generasi muda seawal 18 tahun untuk mengudi tetapi masih menganggap mereka tidak mampu membuat keputusan mengenai isu rokok.
Kenakan cukai yang tinggi berbanding halang merek buat keputusan
Dalam satu sidang media di Parlimen hari ini (7 Jun), beliau berkata kerajaan boleh mengenakan cukai yang lebih tinggi ke atas produk rokok berbanding menghalang mereka untuk membuat keputusan.
“Kamu (kerajaan) memberi kuasa kepada seorang yang berusia 18 tahun untuk memutuskan nasib, masa depan, dan kerajaan negara ini, tetapi tidak rasa mereka cukup bertanggungjawab untuk memutuskan sama ada mereka boleh merokok?” katanya dipetik malaymail.
Ramanan tekankan kemungkinan kehilangan hasil cukai penjualan rokok
Pada masa sama, Ramanan turut menekankan risiko negara kehilangan kutipan hasil cukai rokok jika dasar tersebut dilaksanakan.
Selain itu beliau turut membangkitkan isu privasi yang mana penjual rokok perlu melakukan pengesahan umur terhadap pelanggan bagi memastikan mereka lahir sebelum 2007.
Tegas Ramanan, dasar ini perlu dikaji dan diselidik lebih lanjut sebelum ia dilaksanakan, bahkan negara-negara lain juga belum melaksanakan undang-undang sedemikian dan hanya mengkajinya terlebih dahulu.
Ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan
Menurutnya lagi, dasar ini juga akan menyebabkan ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan dan banyak kedai akan terpaksa ditutup terutamanya dalam industri vape.
Berkongsi lanjut, Ramanan berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepatutnya membentangkan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 setelah melakukan semua kajian yang sewajarnya selain menjawab semua soalan daripada pakar dan pemain industri ini.
RUU Kawalan Produk Merokok akan dibawa ke Dewan Rakyat 12 Jun ini
Terdahulu, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa memaklumkan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2022 akan dibawa ke Dewan Rakyat untuk Bacaan Pertama pada 12 Jun hadapan.
Menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya, Dr Zaliha berkata susulan itu satu sesi taklimat bersama Ahli Parlimen dan pengamal media telah diadakan di semalam (6 Jun) di Dewan Parlimen.
Saya ingin memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dibawa ke Dewan Rakyat untuk Bacaan Pertama pada 12 Jun nanti.
— Dr Zaliha Mustafa (@DrZalihaMustafa) June 6, 2023
Justeru, satu sesi taklimat bersama ahli Parlimen dan pengamal media telah diadakan hari ini di Bangunan Parlimen. pic.twitter.com/5RjnPuGMQf